klik2 disini.. ^_^

Selasa, 25 Jun 2013

Sambal Belacan Buah Binjai

Assalamualaikum


gmbar dari mr. google

selamat petang teman2 semua...hari ni saya nak share resepi mudah..saya rasa semua terer buat tapi saya nak share jugak disini..hehehhe..siapa suka makan buah binjai, angkat jari...hehehhe..dulu masa kecik2 saya suka makan buah binjai ni, makan dengan asam boi merah tu..sedap..harga pun murah, sebiji 20sen je..sekarang ni nak jumpa buah binjai ni pun susah, harga jangan cakapla.... disebabkan tekak nak makan, pejamkan mata bila bayar.^_^...buah binjai ni saya beli time balik kampung aritu...baunya yang harum buat saya xsabar2 nak sampai rumah..nasib baik la abah mertua ada dalam kereta, kalau tak.. mau makan tu jam jugak...hehehehe..ni gambar lama, sambal dah licin..yang tinggal lesung batunya je... :) 




Sambal Belacan Buah Binjai

bahan2

1 biji buah binjai ~ dihiris
2 biji cili merah ~ sy guna cili hijau, cili merah xda stok
7 biji cili padi
2 inci belacan ~ dibakar
sedikit garam
secubit gula
1 biji limau kasturi ~ ambil jusnya

cara2

Dalam batu lesung, masukkan cili merah, cili padi, garam kasar, gula dan belacan yang telah dibakar.

Tumbuk semua bahan hingga lumat

Kemudian masukkan sedikit hirisan buah binjai dan lenyek sikit dalam lesung.

Perahkan limau kasturi dan gaul rata. sedap makan bersama ulam!


Rabu, 19 Jun 2013

Jeruk Belimbing Buluh

Assalamualaikum




bersiaran dipetang hari selepas berhempas pulas menyusun buku di rak...tu pun masih bersisa lagi..siapa la nak jadi volunteer tolong saya ni ye...hehehheheh...dah lama saya xupdate blog kan..almaklumla, puasa nak dekat dah..blog pun sama kena puasa...hihihihi..okla, hari ni saya nak share resepi jeruk belimbing buluh yang saya bawa dari kampung...jamu mata jela ye, jeruknya dah lama abis..heheheh...ramai yang buat jeruk, mesti rendam buah belimbing buluh dengan air kapur tapi saya xguna sebab kapur yilek...saya guna resepi DISINI, resepi mat gebu...ni 1st time saya makan jeruk belimbing ni..memang sedap, lagi2 bila baru keluar peti ais..masam, manis sejuk jer terasa..pada yang kecur liuq atau mengidam, mintak ampun........hihiihihih



bahan-bahan :

1 biji betik muda yg mengkal ( lebih kurang 1.5 kg ) ~ sy guna anggaran 1/2 kg buah belimbing buluh
6 cawan air
3/4 cawan garam kasar
700 ml cuka makan
2 1/4 cawan gula pasir
4 - 5 biji cili padi ( dibelah dua ) ~ sy xletak ~ sy xletak

cara :

PENYEDIAAN AWAL :- Masak 6 cawan air dengan 3/4 cawan garam kasar hingga garam larut. Sejukkan sepenuhnya. Kupas betik, belah, buang biji dan hiris sederhana tebal, cuci, toskan dan letak dalam tupperware. Tuang air garam tadi dan biar terendam selama 2 hari.
PENYEDIAAN CUKA MANIS :- Didihkan cuka makan bersama gula pasir, kacau hingga gula larut, tapis dan biar sejuk sepenuhnya.
PENYEDIAAN JERUK BETIK :- Toskan betik tadi, bilas dengan air dan toskan. Sediakan bekas untuk jeruk betik, curah air panas dalam bekas2 tadi, buang dan toskan. Susun betik tadi dalam bekas (susun padat2), selit2kan dengan belahan cili padi (jika suka) buat hingga siap. Tuang cuka manis sehingga menutupi betik tadi. Tutup bekas dan biar 1 - 2 hari.


# jeruk buah belimbing buluh ni pun saya guna untuk masak lemak cili api dan asam pedas. 

Khamis, 13 Jun 2013

Fish n Chips


Assalamualaikum




bersiaran di petang hari...apa khbar kawan2 saya semua..? lama jer blog ni menyepikan..nak kata sakit...alhamdulillah, saya dan keluarga sihat..nak kata merajuk, jauh sekali.....cuma  sekarang ni sibuk sedikit, ada tugasan yang perlu diselesaikan...baru2 ni kak mila, penyelaras daerah datang..dikhabarkan akan ada audit bulan oktober ni...kecut perut dibuatnya, semua kerja2 perlu dikemaskini sebaiknya...okla hari ni saya nak kongsi resepi fish n chip yang selalu saya masak tapi kali ni saya cuba resepi yang baru..dah xguna dah tepung serbaguna...heheheheh...masa mula2 cuba tu risau jugak, apalah rasanya.. ranggup dan sedap k...puas jugak intai resepi sana sini yang dah mencuba..alhamdulillah, rasanya walaahhh..sedap sangat2 walaupun tak guna tepung serbaguna..masih ranggup walaupun dah sejuk..incik suami pun puji, katanya kalau xada  tepung serbaguna pun masih boleh masak lagi... :) fish n chip ni saya makan bersama sos cili dan mayonis je..terpulang pada citarasa anda nak guna sos apa... resepi ni saya ambil dari kak lina pg, time kasih ye share resepi yang sedap ni..mohon kongsi disini untuk rujukan saya dan kawan2.... ^_^



RESEPI FISH N CHIPS
Sumber : NaniRostam Resepi Nannie Aku.Zack
Sumber : kak lina pg


Bahan-Bahan Perapan

4 keping ikan dori
serbuk lada hitam
Lada sulah
garam
Jus lemon

Cara Perap:
Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
Lumurkan dengan serbuk lada hitam,lada sulah dan garam.Kemudian perah jus lemon ke atas ikan.

Bahan Batter/Adunan
1 cawan air (secukupnya)
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 sk baking powder
Garam secukup rasa
Bread crumb

Cara:

Satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam ke dalam bekas yang besar.

Masukkan air sedikit demi sedikit kacau/gaul hingga sebati dan tidak berketul.
Note: Konsistensi batter yang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali (pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng ikan) celup ikan ke dalam adunan.Kemudian lumurkan ikan dengan serbuk roti/bread crumb (gaul rata hingga keseluruhan ikan tersalut serbuk roti).Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.

Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.

Sedia dihidang dengan kentang goreng, sos cili dan mayonis


Note:
*adunan tak kembang masa goreng, tambah baking soda
*ikan lambat masak dan nampak soggy/basah, maknanya minyak tak cukup panas.





Sabtu, 8 Jun 2013

Topeng Muka





Assalamualaikum dan salam muhibbah.... 

hujan2 camni, sedapnya la kalau dapat makan ubi rebus cicah sambal tumis dan minum kopi o sambil duduk2 di anjung rumah kampung dan dengar nenek bercerita kisah dahulu kala,seronoknya la...tau2 je piring licin...hehehhe...okla, sempena cuti sekolah ni saya nak share aktiviti yang dijalankan di perpustakaan..salah satu aktivitinya, membuat topeng muka yang separuh tu....



antara bahan-bahan yang diperlukan...ecewah, cam nak main masak2 pulak kan...hihihiihi....topeng rama2, warna, lidi satay dan solatape... 



rama2 tu anda lukis pada kertas keras (saya guna kertas lukisan yang tebal), kemudian gunting dan tebuk mata siap2..saya xbrape berani bagi budak2 pegang gunting..nanti ada yang luka pulak..pada yang nak cuba, selain gambar rama2..anda boleh buat gambar singa, upin ipin dan lain2 mengikut kreativiti masing2..saya lukis gmbar rama2 je, tu yang paling senang nak lukis bagi tangan keras macam saya ni..hehehhe..



mula2 buat corak dan warnakan topeng mengikut kreativiti..kemudian letakkan lidi di tepi atau tengah2 topeng, lekatkan guna solatape....dah siap!! mudahkan.. ^_^

ni gambar model2 cilik saya... :)








Jumaat, 7 Jun 2013

Kailan Sos Tiram

Assalamualaikum




salam penghulu hari...apa khabar kawan2 diluar sana..? mesti ada yang merancang makan angin atau balik kampung esok..selamat bercuti dan berhati2 memandu tu ye...pada yang jadi raja sehari tu, saya ucapkan selamat pengantin baru..

hari ni saya nak share resepi sayur..tekak ni tiba2 teringin makan sayur kailan, saya pun cari la kat mr. google ..resepi sayur kailan sos tiram ni saya ambil dari kak hana..simple dan sedap..incik suami yang memilih bila mkn sayur tu pun, boleh request masak lagi...hihiihih..

pada kak hana, mohon share disini ye..:)




 Kailan Sos Tiram
by : kak hana

Bahan-bahan

seikat sayur kailan
4-5 sudu mkn sos tiram
3 ulas bawang putih- cincang
seinci halia - cincang
air sedikit
serbuk perisa - jika suka
bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan

Cara-cara

sayur kailan jgn potong dulu... panaskan air. celur kailan ngan btg2 skali.
angkat dan toskan. potong lebih kurang 3inci. susun dlm pinggan dan ketepikan.
panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin.
didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur kailan tadi.
hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

Rabu, 5 Jun 2013

Air Jagung


Assalamualaikum




hari ni saya nak kongsi air jagung sedap..rasa lemak2 manis giteww, lagi2 minum time sejuk..nyamnya la tekak.. ^_^  resepi ni saya ambil dari Incik Billy..pada sesiapa nak cuba, sila la..memang sedap..nak2 letak aiskrim vanilla, lagi sedap..tapi saya xletak pun..badan ni mkn bam2 sampai ada yang ingat adam nak dapat adik.. ish3 bahaya sungguh dah ni.. ^_^




pada Incik Billy time kasih sebab kongsikan resepi yang sedap dan simple..boleh masuk list iftar ni.. :)




Air Jagung

Bahan-bahan

1 tin krim jagung
1/2 tin susu sejat
2 sudu besar susu pekat manis ~ sy tambah
gula secukupnya
garam secubit ~ sy guna garam halus
2 cwn air ~ sy tambah
ais

Cara-cara

campurkan krim jagung dan susu sejat dalam jug atau mangkuk.
masukkan gula secukup rasa dan secubit garam ( untuk membangkitkan rasa lemak )
kemudian, campurkan ais.
siap!

* Tips untuk lebih sedap :- bagi yang suka, boleh campurkan aiskrim soda (rasa macam sirap bandung soda) atau boleh campurkan biji selasih dan nata de coco.

cara saya mudah jer :)

campurkan semua dalam jug, kecuali ais. kacau sampai gula dan garam larut.
masukkan ais dan sedia dihidangkan.

Selasa, 4 Jun 2013

Sosej Puff

Assalamualaikum




dah lama saya teringin buat puff ni, tapi susahnya nak jumpa pastry KAWAN..nak buat sendiri, comfirm xjadi..hehehhe..baru2 ni, saya g jusco..nmpak pastry Kawan terus ambik 2 pek..blik tu xsabar2 nak buat..resepi ni saya ambik dari kak yani, simple dan sedap..mintak share disini ye kak.. :) dan macam biasa, ada yang saya dah ubahsuai mengikut selera keluarga.. :) lain kali nak beli banyak2 la pastry KAWAN, nak buat stok.. :) gambar saya snap guna hp je..tengok lilitan saya, kena rajin praktis lagi ni..hehehhe..




SOSEJ PUFF

Bahan-bahan:-

kulit puff pastri KAWAN
sosej
telur

Cara-cara:-

~ Panaskan oven sehingga suhu 180 degree.
~ keluarkan kulit puff dari peti sejuk. Biar sekejap sehingga lembut.
~ celur sosej sekejap dan toskan.
~ Ambil 1 keping kulit puff pastry, letak 1 batang sosej ditengah2. kemudian kelar kiri kanan puff pastry tadi dan lilit dengan kemas. Buat hingga siap dan susun dalam dulang pembakar.
~ Sapu dengan telur dan tabur serbuk lada hitam atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.