klik2 disini.. ^_^

Jumaat, 22 November 2013

Kuih Getas a.k.a Kemplang


Assalamualaikum.......salam 1 malaysia...








apa khabar teman2..? petang2 ni dah tahu nak jamu apa..? saya nak kongsikan resepi kuih kegemaran saya iaitu kuih getas atau dikenali kuih kemplang...kuih ni ada 2 jenis, 1 guna tepung pulut dan 1 lagi dicampur tepung pulut hitam..kedua2 saya suka..saya boleh makan berkeping2 tau..^_^ biasanya sukatan saya main agak2 je..ahad lepas, saya telah mencuba resepi dari kak rose My Kuali....memang sedap dan lembut...biasa saya buat bentuk panjang2 tapi kali ni saya ikut kak rose, buat bentuk bulat2..comel... :) pada kak rose, mohon share disini ye untuk rujukan akan dtg dan teman2...pada sesiapa yang nak cuba, xrugi tau..jom intai resepi...^_^




Kuih Getas a.k.a Kemplang

Bahan-bahannya:-

250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng


Cara-caranya:-

Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.

Biarkan sebentar selama 10 minit

Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper. Mak saya akan canai atas dulang dan kemudian potong segiempat. pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh supaya tidak melekat.

Panaskan minyak dengan api sederhana.

Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan

Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah

Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.



Menyira gula kuih

Bahan-bahannya:-

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.

Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.

Biarkan ia selama 7 minit.

Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.


selamat mencuba !

Rabu, 20 November 2013

Kek Labu Manis


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


abaikan kesan cucuk guna garfu tu ye...hihihih




dah lama saya xupdate..rindu rasanya....line slow sgt smpi tertunda2 je nak post entry, last2 semangat pun ikut sama...heheheh..sekarang ni musim hujan, teman2 diluar sana jaga la diri ye..sediakan la payung sebelum hujan..emm dah mula cuti sekolah ni, msti ibu2 di rumah sibuk menyediakan makanan untuk anak2..maklumlah time ni la sedap makan bila dah berkumpul ramai2..lagi2 bila hujan, perut pun berkeroncong minta diisi..hehehhe.. petang ni saya nak kongsi resepi kek labu manis..dah lama nak cuba tapi labu asyik abis je digoreng atau masak lemak..kek ni memag moist dan sedap..pada keluarga yang tak ramai boleh cuba 1/2 adunan, sebab kek ni cepat muak pada tekak saya la..resepi ni saya rujuk dari Mat Gebu dan kak Yatie, terima kasih sebab kongsi resepi2 yang sedap..jom try.. ^_^ 





Kek Labu Manis


BAHAN-BAHANNYA :-)

3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
1 1/2 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam
450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh soda bicarbinate*
1/2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)


CARA MEMBUATNYA :-)

Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...