klik2 disini.. ^_^

Sabtu, 28 Disember 2013

Masak Lemak Cekur


Assalamualaikum.....




Masak apa tengahari ni..? hari ni saya nak kongsi menu kegemaran incik suami dan adik...kalau nampak menu ni, dah xpandang lauk yang lain..makan pun bertambah2...^_^ untuk pengetahuan semua, ni 1st time saya masak lemak cekur...maklumlah, anak melayu kurang didedahkan dengan masakan guna cekur ....ada tanam tapi buat hiasan jer sebab suka tengok daun cekur...hihihihihi....suami pulak emaknya orang jawa, memang biasa makan masak lemak cekur..orang jawa panggil kencur..

resepi ni saya ambil dari Kak Rohaisha dan ada sedikit penambah mengikut citarasa saya, alhamdulillah sedap sangat...incik suami dan pak mertua makan bertambah2 sambil puji sedap...hehehehehhe...terima kasih kepada penyumbang resepi, mohon share disini ye... :) 







Masak Lemak Cekur

Bahan-bahan:

8 ekor ikan talapia saiz sederhana-goreng lembap ~ saya guna ikan kembong
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 bibi cili padi merah*
5 biji cili padi hijau*
6 cm buah/ biji cekur*
1 cm halia*
1 cm lengkuas* ~ saya tambah
2 cm kunyit hidup*
3 cm belacan*-tumbuk bhn bertanda (*)
Daun cekur secukupnya- hiris halus
1 helai daun kunyit - disimpul ~ saya tambah
200 ml santan kotak ~ saya guna santan pekat
3 cawan air ~ saya guna santan cair
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Sedikit gula
Minyak masak untuk menumis


Cara:

1.Lumurkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit, goreng lembap dan toskan.
2.Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi, masukkan air dan santan kotak.Biarkan mesra.
3.Masukkan ikan talapia dan hirisan daun cekur.Renehkan sehingga kuah meresap.Perisakan dengan garam dan gula.
4.Angkat dan hidangkan bersama lebihan hirisan daun cekur.

Jumaat, 27 Disember 2013

Butter Cake a.k.a Kek Mentega Sedap


Assalamualaikum w.b.t.....




salam penghulu segala hari...hari ni hari jumaat yang terakhir untuk tahun ni, semoga kita semua mendapat taufik dan hidayah di hari jumaat yang penuh barakah ini..

Apa khabar semua? Harapan dan doa sentiasa mengiringi di hari Jumaat yang barakah semoga amalan sentiasa diterima dan di permudahkan setiap urusan dalam redaNya..dah lama saya tidak ke blog kesayangan saya ni...rindu rasanya nak apdet tapi saya kesuntukkan masa...maklumla, sekarang ni saya sedang berjinak-jinak menjahit...bukan apa, sekarang ni semua barang nak naik harga.. upah menjahit pun turut naik..daripada saya mengeluh jadi baik saya usahakan sesuatu untuk menjimatkan poket...hihihihi...alhamdulillah, saya dah siapkan 3 pasang jubah..sebab apa saya pilih jubah,pakaian mengikut syariat, selesa dipakai, tidak banyak guna kain dan senang nak jahit bagi yang tak mahir macm saya ni..lepas ni kalau saya pakai jubah jer, jangan ingat saya dah jadi ustazah ye...tu je pakaian yang saya mampu jahit buat masa ni...heheheheheh...in sha allah, nanti saya apdet pasal jubah2 tu ye..



hari ni saya nak kongi resepi kek butter yang diambil dari kak Azie..kek ni gebu, moist dan sedap sangat pada tekak saya dan menjadi kegemaran kami sekeluarga..dah banyak kali saya buat ikut resepi ni...bahan2 untuk membuatnya pun simple, masak pun mudah je..untuk menghasilkan kek butter yang sedap anda perlu menggunakan pure butter ye.. pada kawan2 yang nak cuba, tak rugi tau... :)





Butter Cake
kak Azie

250g pure butter (saya guna jenama Anchor) ~ saya pun guna janama Anchor
250g tepung naik sendiri ~ saya guna 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik
180g gula kastor
4 biji telur
1/2 cawan susu segar


Cara cara:
1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dgn tepung
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar suhu 180 selama 40 minit. ~ bergantung pada oven masing2 ye..




pssttt...sapa tau macam mane nak download photoshop...yang lama dah hilang,  saya tak dapat letak water mark kt gmbar....huhuhuhuhuh


Khamis, 5 Disember 2013

Sambal Tauhu




petang ni saya nak share resepi sambal tauhu.... kalau nak tahu, saya penggemar tegar tauhu... tak kira la tauhu tu masak apa, saya tetap suka... tauhu goreng bubuh garam dan kunyit pun dah boleh bangkit selera saya...hehehhe.. biasanya saya masak main campak2, tak ikut sukatan... petang ni saya nak kongsi resepi sambal tauhu dari mat gebu.. ada juga yang saya skip, ikut selera masing2...dan macam biasa, saya memang suka resepi yang simple2...selamat mencuba yer... ^_^


Sambal Tauhu

bahan-bahannya :

2 keping tauhu, potong kiub , goreng kekuningan dan toskan
3/4 cawan udang yang telah dibuang kulit, cuci dan toskan ~ sy tak letak
1 biji bawang besar hiris kasar
1/3 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa 
Sedikit serbuk perasa ~ optional
1 biji bawang besar*
3 biji bawang merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*(*dikisar halus) ~ sy tak letak

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak. Tambah jus asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Kacau rata.
Masukkan udang dan tauhu goreng, gaul rata2 dan tambah hirisan bawang besar. Masak hingga pekat dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.



Adam dan Taman Kelip-Kelip





Assalamualaikum......................