klik2 disini.. ^_^

Sabtu, 25 Januari 2014

Tauhu Sumbat


Assalamualaikum




selamat tengahari semua...masak apa tu..? hari ni saya nak kongsi resepi kegemaran saya, tauhu...hehehehe..resepi ni saya buat malam selasa aritu, menu untuk berbuka puasa..tekak teringin nak makan tauhu sumbat cicah bersama sos yang saya beli masa balik kampung incik suami..lupa pulak nama sosnya tapi saya beli kat pasar alor gajah..biasanya saya main buat ikut suka je, macam xbest je resepi tak ada sukatan..jadi saya ikut resepi dari kak Ummi..untuk timun saya selalu hiris lebih sebab adam suka makan timun..ikut ibunya la ni....hihihihiih ..




Tauhu Sumbat


Bahan:-

5 keping tauhu
timun (akak guna 1 biji timun sederhana)
salad (akak letak 1/2 sengkuang)- saya xletak, xde stok kt umh
carrot (akak guna 1 batang - jgn pilih yg keras sgt)
taugeh - optional
minyak

Cara-Cara:-

Tauhu dipotong 3 segi dan goreng sampai masak.
Belahkan bahagian yg hendak memasukkan sayuran.
Hiriskan salad, carrot dan timun.
Masukkan sayuran dalam belahan tahu dan hidangkan dengan sos cili.



Sos Cili Tauhu Sumbat ( saya guna sos yang dibeli dari alor gajah )

Bahan:-
5 biji cili merah
3 biji cili kering
1 ulas bawang putih
1/2 cawan air
garam
gula
1 biji jus limau nipis

Cara-Cara:-
Mesinkan semua bahan kecuali jus limau.
Masakkan sos sehingga pekat.
Campurkan jus limau dan kacau rata.




Rabu, 22 Januari 2014

Jejari Ketam Goreng Tepung


Assalamualaikum.....




hari ni saya nak kongsi menu petang..nak buat untuk sarapan pun sesuai juga...resepi ni saya olah dari resepi Kak Nani...kalau teringin makan ikan dory goreng pun saya akan ikut resepi ni...pada kawan-kawan yang nak cuba, resepi ni simple je tapi sedap....lagi2 makan panas2, comfirm tak perasan dah abis sepinggan...hihihihi ...Kali ni saya tukar kepada jejari ketam, ubah selera..nak ganti dengan bebola ikan,bebola ayam, sotong, udang dan dll pun sesuai...biasa saya suka cicah bersama sos cili dan mayonis, ikut selera masing-masing...jom intai resepi.. ^_^





Jejari Ketam Goreng Tepung


bahan-bahan

12 batang jejari ketam ~ dipotong 3
Tepung gandum secukupnya
sedikit lada sulah ~ saya guna lada sulah brand Aji-Shio
secubit soda bikarbonat
garam secukupnya
air secukupnya untuk membancuh adunan
minyak masak untuk menggoreng

cara-cara

didalam bekas, masukkan tepung gandum, lada sulah, soda bokarbonat dan garam. bancuhkan bersama air dan kacau sampai sebati dan likat.

celupkan jejari ketam ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

hidangkan bersama sos kegemaran anda.


Isnin, 20 Januari 2014

Adam dan Karnival Cinta Seni Cantik


Karnival Cinta Seni Cantik
7.00 a.m - 4.30 p.m
Dewan Bestari Jaya, Bestari Jaya.
Anjuran ; hartalega
Kerjasama ; MDKS dan Penghulu Bestari Jaya
                                                                  
kempen keahlian






gubahan bunga



gubahan ikebana...dpt saguhati, alhamdulillah...


deko kek


Adam dan melon...hihihi



bye....

Nasi Ayam Sedap


Assalamualaikum.....







hari ni saya nak kongsi resepi nasi ayam sedap yang menjadi kegemaran kami sekeluarga...kalau teringin makan nasi ayam, saya mesti ikut resepi ni...aroma nasinya yang wangi membangkitkan selera, makan pun menambah2..hihihi..ayamnya pulak, garing diluar tapi juicy dan lembut di dalam.. time kasih pada kak Azie sebab kongsi resepi yang sedap ni..disebabkan keenakan nasi ayam ni, asyik lupa je ambil gambar...heheheh...time tak cukup bahan, baru la ambik..jadi kurang berseri la nasi ayam ni...tapi tak ape, gambar jer tak berseri...rasa tetap ummmmppphh...! hihiihii...pada kawan2 yang nak cuba, jom intai resepi ni...^_^


Nasi Ayam Istimewa

Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan


Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.

Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.


Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning


Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.


Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam


Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)


Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.


Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam


Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.

Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran. Selamat Menjamu Selera.


Selasa, 7 Januari 2014

Resepi Pavlova


Assalamualaikum




hari ni saya bersiaran 2 kali...mood sudah mali....hihihihiih...petang ni saya nak kongsi resepi yang pernah popular tahun 2013,pavlova...ramai yang telah mencuba resepi ni..pavlova ni saya buat sempena hari kelahiran incik suami tahun lepas...dari sehari ke sehari nak kongsi pasal pavlova ni, asyik tertangguh je..last2 hari ni baru teringat nak apdet...jadi kita sama2 tengok gambar je ye...heheheheh...




rasa pavlova ni seakan mashmallow...kalau makan sejuk2 lagi sedap, rasa macam makan aiskrim.... heheheh..pada yang tak suka manis, boleh kurangkan sukatan gula dan makan dengan buah yang masam untuk seimbangkan rasa manis.. .. untuk resepi pavlova ni, saya intai di dapur maya kak Azlita dan kak Ana .. mohon share disini ye.. :)


PAVLOVA

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan ~ saya ikut kak ita
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter 8inc
Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.
Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry - di dadu ~ saya hiris
Kiwi - didadu ~ saya hiris
blueberry ~ saya xletak
Markisa ~ saya xletak

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar
Akhir sekali taburkan markisa.


bila la nak buat lagi ni...tgk gambar nak meleleh ayeq liuq...hehehhe

DIY Jubah Abaya


Assalamualaikum w.b.t




hari ni saya nak kongsi pasal hobi baru saya, menjahit....alhamdulillah, berbekalkan pola yang saya beli daripada Abaya SiFu...maka terhasil la jubah abaya saya yang pertama ni...pola ni boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti anda..baju yang dah siap pun ada di jual...tutorial menggunting jubah abaya juga disediakan, anda boleh tengok di youtube...


suka gabungan warna macam gini... ^_^




sekarang ni tengah siapkan seluar tido...refashion baju kelawar... :)


selamat menjahit...! ^_^