klik2 disini.. ^_^

Rabu, 26 Mac 2014

Resepi Kentang Dan Sosej Lada Hitam



Assalamualaikum


teringat kata-kata prof Muhaya Mohamad yang saya tonton malam tadi di edisi khas MH370... " hidup di dunia ini hanya ujian, keputusannya nanti di padang masyar..perbaiki diri, banyakkan amalan..moga-moga Allah terima amalan kita "..sama-sama la kita berdoa agar urusan kita di dunia dan akhirat di permudahkanNya..

hari ni saya nak kongsikan resepi simple dan sedap..asyik resepi simple jer saya ni kan, bukan apa..saya sampai rumah pun dah malam..jadi kena la masak yang simple2, nak bahagi waktu untuk uruskan kerja lain..menu yang simple2 ni pun sedap tau..kalau xdikawal, mau menjeling-jeling periuk nasi tu...hehehehe.. menu ni saya ambil dari dapur maya Kak Ummi, home sweet home..terima kasih pada kak ummi sebab kongsikan resepi ni, minta kongsi disini ye.. ^_^


Resepi Kentang Dan Sosej Lada Hitam

resepi asal : kak ummi-homesweethome.blogspot.com


Bahan:-

4 biji kentang - potong wedges ~ sy guna 7 biji
5 ketul sosej - hiris menyerong 1 inci ~ sy guna 10 ketul
1/2 green capsicum - dadu ~ sy guna 1 biji
1/2 red capsicum - dadu ~ sy xltak
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 ulas bawang putih - cincang
beberapa ulas tomato ceri ~ sy guna tomato biasa
1 sk. lada hitam yang ditumbuk
2 sb. sos tiram ~ sy ltak 4 sb
1 sb. kicap manis ~ sy ltak 2 sb
2 sb. sos cili ~ sy xltak
garam secukup rasa
1 kiub ayam ~ sy tmbah

Cara-Cara:-

Kentang dibasuh dan ditoskan. Gaul dengan sedikit garam dan lada sulah.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng kentang hingga nampak garing. Angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng pula sosej setengah masak. Angkat dan toskan.
Tinggalkan sedikit minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan serbuk lada hitam, kiub ayam, sos tiram, sos cili dan kicap. Kacau rata.
Masukkan capsicum dan kacau sekejap.
Masukkan kentang dan sosej yang tadi dan gaul rata dalam kuali. Masukkan garam dan seimbangkan rasa.
Tutup api dan hidangkan.


Selasa, 25 Mac 2014

Resepi Kerabu Epal


Assalamualaikum



Al-Fatihah..
semoga semua keluarga penumpang dan krew MH370 diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan oleh Allah SWT..Amin..



Hari ni saya nak kongsikan resepi kerabu epal hijau...biasanya makan kerabu mangga, memandangkan bukan musim mangga dan nak beli pun mahal...saya google dan terjumpa resepi kerabu epal hijau yang dikongsikan oleh  K. Nor secubit garam..resepi asal dari Chef Hanieliza...first time saya makan dan buat kerabu ni, memang sedap....ratah macam tu pun sedap...kalau tak ingat orang lain, mau abis satu mangkuk besar tu saya makan sorang...heheheheh...kalau yang tengah diet pun boleh cuba kerabu ni...rasanya masam manis tu yang buat nak cuba lagi dalam masa terdekat ni...resepi ni saya dah olah mengikut stok yang ada, rasa masih sedap...mintak ampun ye empunya resepi...heheheh...




KERABU EPAL HIJAU
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan :
2 bj epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 bj cili merah
2 bj cili hijau ~ sy guna 2 biji cili padi
1 kuntum bunga kantan ~ sy xletak
1 pokok daun ketumbar ~ sy xletak
1 bj lemon (diambil jusnya) ~ sy guna 1 bj limau nipis
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
1 bj bwg besar ~ sy tmbah


Cara :
Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.( sy sagat dan terus rendam dgn air garam bg epal xlebam )
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.


Sabtu, 22 Mac 2014

Origami Ladybug Easy & Tutorial


Assalamualaikum




selamat bercuti pada adik2 yang bersekolah, isikan waktu cuti dengan aktiviti yang bermanfaat ye...pada yang balik kampung atau yang pergi bercuti, pandu hati-hati dijalan raya...cuti sekolah bagi saya sama macam hari biasa, maklumlah bukan cikgu dan adam pun belum bersekolah..jadi mood cuti sekolah ni belum ada lagi la...heheheh....tapi yang saya tahu, ada sale jakel sempena cuti sekolah ni...jom ramai2 kite gi shopping di jakel... ^_^


kepada adik-adik yang tidak tahu nak buat apa, jom ramai2 serbu ke perpustakaan..sempena cuti sekolah ni pasti ada aktiviti menarik yang disediakan oleh kakitangan..selain dapat membaca buku, adik2 juga dapat ilmu dengan pelbagai aktiviti yang disediakan..ni salah satu yang saya nak kongsikan,origami ladybug atau kumbang kura-kura yang saya belajar dari youtube, kalau nak cantik kena guna kertas warna merah seperti dalam video tu..saya guna kertas yang ada je...heheheh...untuk terangkan step by step buat origami melalui gambar susah, jadi saya share youtube tu disini...selamat mencuba..! ^_^




Jumaat, 21 Mac 2014

Rendang Ayam Minang


Assalamualaikum..




tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang STPM/SPM yang berjaya...yang kurang berjaya, jangan berputus asa...perjalanan masih panjang, usaha dan cuba lagi...saya teringat kata-kata ustazah masa saya berada di tingkatan 5...kalau tidak cermelang dalam pelajaran, jangan sedih dan berputus asa..janji kita usaha cermelang dalam kehidupan, jadi manusia yang sebenar-benar manusia..jangan susahkan orang lain...




petang ni saya nak kongsi resepi yang diambil dari buku Resepi Kenduri Kahwin Pak Engku....rasa-rasanya mesti ramai yang mengenali pak engku ni...masakannya mendapat perhatian VIP, orang-orang istana dan artis..hari ini saya nak kongsikan salah satu resepi yang terdapat dalam buku ni...resepi Rendang Ayam Minang, memang sedap sangattttt...dah cop resepi ni untuk masak hari raya nanti...hehehehe...pada kawan-kawan yang nak cuba, xrugi tau..memang sedap...^_^




RENDANG AYAM MINANG
By: Pak Engku

1 ekor ayam kampung - dipotong 8 (sy guna ayam daging)
5 ulas bawang putih - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
30 biji cili api - dikisar
2 inc halia - dikisar
4 btg serai - 2 kisar 2 lagi dititik
1 inc lengkuas - dikisar
rempah tumis - (2 btg kulit kayu manis, 3 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga)
1 sudu teh jintan manis - kisar
1 sudu makan lada hitam - kisar
minyak
sebiji santan kelapa
2 sudu makan kerisik
garam dan gula secukup rasa
daun kunyit
1 kiub ayam - sy tmbah
1 inci kunyit hidup - dikisar (sy tmbh)


Tumiskan rempah tumis hingga naik bau, masukkan bahan kisar dan serai titik dan masak hingga kekuningan. Bila sudah kekuningan masukkan jintan manis, lada hitam, serbuk kunyit, dan kiub ayam. kacau rata.
Setelah kuah sedikit kering, masukkan santan, ayam dan kerisik satu persatu.
Bila ayam sudah masak, masukkan garam dan gula secukup rasa dan daun kunyit.
Tunggu sehingga kuahya pekat barulah sedia untuk hidangan.







Rabu, 12 Mac 2014

Sambal Paru Campur Kentang




Ya Allah..
sekiranya ia di langit
kau turunkanlah ia..
sekiranya ia di laut
kau timbulkanlah ia..
sekiranya ia di bumi kau
tunjukkan lah jasadnya..
Kami akur dengan kebesaranMu ya Allah..
Dikau yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.. 
perkenankanlah doa hamba-hamba mu ini..



Assalamualaikum dan salam sejahtera....semoga ahli keluarga penumpang dan krew MH370 tabah menghadapi waktu yang amat sukar ini..hentikan spekulasi, hormatilah perasaan mereka...




lama saya tidak update, cuma blogwalking je...banyak yang ingin dikongsikan tp kekangan masa dan ada tugas yang perlu diuruskan (mood menaip pun merundum)..^_^....hari ni saya nak kongsi resepi malam tadi, sambal paru dengan kentang..resepi asal disini dikongsikan oleh che mat..pertama kali masak, alhamdulillah sedap dan menjadi....selama ni kalau teringin, saya beli je..sambal paru ni kalau makan dengan nasi lemak mau bertambah2 ni...hehhehehe...

terima kasih pada che mat yang sudi kongsi resepi sedap dan mudah ni...resepi ni ada yang saya dah tokok tambah mengikut barang yang ada dekat rumah,pada kawan-kawan yang nak cuba..silakan... :)




BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram paru ~ saya basuh dgn sedikit tepung gandum
1 biji terung biru ~ sy ltk 3 biji kentang (potong baji)
1 camca teh pes asam jawa (mat guna Adabi)
1 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas* ~ sy xletak
2 biji buah keras*
2 batang serai*(*ditumbuk hancur)


CARA MEMBUATNYA :-)


Paru direbus dengan sedikit halia, garam dan bawang putih yang dititik selama 30 minit. Tos dan sejukkan, kemudian hiris nipis lebar2. Goreng paru tadi hingga perang, angkat dan toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya. Kerat 2, kemudian belah setiap keratan. Potong 3 bahagian setiap keratan. Goreng hingga layu, angkat dan toskan..


Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Masukkan pes asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Kacau perlahan.

Masukkan paru tadi, gaul rata dan masak hingga kering. Tambah terung dan gaul lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat yang dimasak lembut sedikit..