klik2 disini.. ^_^

Selasa, 29 April 2014

Puding Laici Dangdut


Assalamualaikum




dah lama menyepi, hari ni sebagai pembuka semangat meng-update saya nak kongsikan resepi pencuci mulut atau orang putih panggil dessert..hehhehe..puding laici dangdut ni dah banyak kali saya buat tapi asyik lupa nak snap gambar, dah licin baru teringat..puding ni salah satu dessert kegemaran kuarga saya, nak2 makan time sejuk..nyam jer lalu kt tekak ni sampai xsedar dah abis segelas..lagi2 dihidangkan ketika berbuka puasa, wallah sedapppnya....hehehehhe..terima kasih pada chef hanieliza dan kak yatie kongsikan resepi puding yang mudah dan sedap ni..mohon share disini ye.. ^_^




Puding Laici Dangdut

Bahan-bahan

10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 tali (28 gm)
2 liter air
1 1/2 cawan gula
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair

Cara-Cara

Masak agar-agar bersama air hingga mendidih.
Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian sejukkan dalam fridge.
Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga di makan bersama susu cair.

(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

Khamis, 10 April 2014

Cendawan Enoki Goreng Tepung


Assalamualaikum


 Syukur alhamdulillah, hujan lebat membasahi tempat saya...hari ni saya nak kongsikan resepi kudapan yang mudah dan sedap...selama ni saya buat cendawan goreng tepung menggunakan cendawan tiram..baru-baru ni, Acu rakan sekerja merangkap mokcik bagitau cendawan enoki pun boleh guna untuk buat cendawan goreng..sebelum ni cendawan enoki tu saya masak bersama sup, tomyam ataupun dicampur bersama maggie..incik suami sampai cadangkan untuk buat lagi, sedap sangat la tu...hihihiih..lepas ni cendawan enoki dah jadi salah 1 stok di rumah la...heheheheh..

ehsan google..macam ni la rupa cendawan enoki...

resepi ni saya ambil dari Amie's Little Kitchen, ikut resepi guna cendawan shimeji tapi saya guna cendawan enoki dan tepung jenama Bestari..terpulang pada citarasa anda nak guna tepung jenama apa ye..terima kasih pada kak amie, mohon kongsikan disini ye..^_^



Cendawan Enoki Goreng Tepung

Bahan-bahan:
2 bungkus cendawan shimeji ~ sy guna cendawan enoki
1 biji telur - pukul ringan
serbuk tepung kentucky secukupnya
minyak
sedikit serbuk lada hitam ~ sy tmbah

Cara:

Potong akar cendawan, basuh dan toskan.
Gaul cendawan shimeji dengan telur hingga rata.
Golekkan atas tepung kentucky / salut dengan tepung kentucky.
Goreng dalam minyak terendam dan api yang panas.
Angkat apabila sudah masak atau berwarna kuning keemasan. Toskan.

Rabu, 9 April 2014

Keropok Lekor

Assalamualaikum


Selamat petang... apa khabar kawan di luar sana..?...Alhamdulillah..2, 3 hari ni tempat saya hujan..ni pun tgh mendung dan perut pun mula la bernyanyi mintak diisi..hehehhe..aduyai....macam mana la nak turunkan jarum penimbang tu...


hari ni saya nak kongsi resepi keropok lekor dari My Kuali, saya pasti ramai yang menggemari keropok ni..lebih lagi anak-anak, pasti makan berebut-rebut..adam pun macam tu tapi berebut dengan ibunya la...untuk membuat keropok ni memang renyah sedikit tapi hasilnya memang tip top, sedapppp..hehehe..resepi ni saya buat separuh dari resepi asal, buat sikit dulu kalau tak jadi tak la rugi..heheheh....terima kasih pada kak Rose yang sudi berkongsi resepi, mohon share disini untuk rujukan akan datang...



KEROPOK LEKOR

Bahan-bahan :

1kg ikan selayang/ kembung ~ sy guna 10 ekor
5-10 ulas bawang putih ~ sy xletak
1kg tepung ubi/kanji ~ sy guna 500 gm tpung ubi
2 cawan tepung gandum ~ sy guna 1 cwn
1 sudu kecil baking powder ~ sy ltak secubit
Garam secukup rasa
Perasa
Air

Cara-cara :

Asingkan isi ikan dari tulang.

Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.

Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli...

Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²... Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer...

Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.

Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.