klik2 disini.. ^_^

Sabtu, 10 Oktober 2015

Resepi Kuih Abuk-Abuk

Assalamualaikum





Hari ni nak kongsi resepi kuih abuk-abuk..saya dan keluarga memang gemar makan kuih ni..saya kan peminat kuih manis-manis..^_^ biasa kuih ni orang bungkus dengan daun pisang tapi nak mudah dan cepat, saya masuk dalam loyang saja..mudahkan..! janji masih boleh beraksi di dapur tanpa stress..hihihiih.. maklumlah dah ada baby, memang kena pandai bahagi masa..( hurmmm..orang lepas pantang kurus, saya ni makin sihat dengan jayanya..hihiihih )....




Ini kali pertama saya masak kuih abuk-abuk, biasa saya tolong bungkus je..jadi saya rujuk di blog kak Rose untuk dapatkan sukatan bahan..sambil masak sambil tengok resepi..hihihi..suami saya dah biasa dah tengok perangai isteri dia..hihihi..kepada penggemar kuih ni, selamat mencuba.. ^_^



Bahan-bahan

2 cawan sagu biji.
2 cawan kelapa parut putih
3 sudu makan gula merah
3 sudu makan gula pasir
secubit garam.
10 calong daun pisang.


Cara-cara

Basuh sagu dan toskan 5 minit.
Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
Campurkan gula merah dengan gula pasir.
Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.


* cara-cara guna loyang

Masukkan 1/2 campuran sagu  tadi kat loyang
Kemudian, taburkan gula pasir +merah diatas campuran sagu hingga rata.
Masukkan baki campuran sagu dan ratakan.
Kukus 1/2 jam. Dan boleh dimakan. Senangkan.
Kalau nak cepat, panaskan kukusan semasa nak mula buat kuih ni. So siap adun, kukusan pun dah panas. 



Jumaat, 2 Oktober 2015

Resepi Puding Sumi



Assalamualaikum..


Lama benar saya tak jenguk blog ni apatah lagi nak update resepi2..alhamdulillah, sy selamat bersalin baby Amni pada bulan ramadhan..baby pun dah nak msuk empat bulan dah..fuhhh.... mencabar sungguh bila bertambah permata hati ni.. ^_^  tp hilang rasa penat dan stress bila melihat keletah anak-anak ni ..kalau boleh tiap hari nak blik kerja cepat, nak jumpa anak-anak.. :)




hari ni saya nak kongsikan resepi puding sumi..puding ni saya buat masa hari raya adha..macam biasa, resepi ini saya ambil dari blog kak yatie.. kalau lihat diblog kak yatie puding ni cantik dan ada acuannya..disebabkan saya xde acuan, saya main guna je bekas yang ada..rupa xcantik tapi rasanya memang sedap sangat ..lagi-lagi makan time sejuk..laju je masuk ke tekak ni..pasti peti ais xduduk diam, ada je yang kejap buka kejap tutup..hihihihih..





Bahan-Bahan:-

10 gm serbuk agar-agar (yang tak berwarna)
200 gm gula pasir
1 liter air
2 helai daun pandan, dicarik dan disimpul
4 sudu besar tepung kastard*
1 tin susu cair*(bhn bertanda *disatukan)
1 bungkus jelly sumi atau secukupnya
sedikit esen vanila
pewarna jika suka


Cara- Caranya

1. Buka setiap sumi dan toskan airnya. Susun sumi ke dalam acuan. Simpan ke dalam peti sejuk beku dahulu.

2. Dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan. Bukak api, masak sampai agar-agar dan gula hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.

3. Masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan susu cair ke dalam bancuhan agar-agar tadi.

4. Dah mendidih, tutup api, biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas acuan yang berisi sumi.

5. Kalau nak berwarna, tuangkan sedikit pewarna ke dalam bancuhan dan tuang ke dalam loyang.

6. Biarkan suam sedikit sebelum disimpan dalam peti selama 3 jam atau semalaman sebelum dihidang.


* kena tunggu puding suam dulu baru tuang ke acuan yang berisi sumi, kalau tuang panas2 nanti sumi cair


Rabu, 1 April 2015

Resepi Spaghetti Bolognese Simple

Assalamualaikum wbt




Syukur alhamdulillah..bersiaran hari ni setelah lama menyepikan diri...kesian tengok blog terabai sebab kemalasan melanda mom-to-be ini, insyaAllah.. ^_^.. pregnant kali ni tak sama masa saya pregnantkan adam hakimi dulu..betul la kata orang, pregnant ni tak sama ragamnya..morning sickness, afternoon sickness, night sickness semua saya rasa, muntah tak kira masa tak kira tempat..perfume, bau bawang, bau tumis/ goreng, bau sabun semua meloyakan..masuk dpur je nak muntah, masuk kereta je dh standby plastik..bahu jalan dah selalu jd mangsa saya...hihihiih..tu belum tahap kemalasan yang melampau, rasa nak melepek kt katil seharian je..tapi gagahkan jugak sebab takut anak dalam kandungan malas..hehehe..gastrik pun makin menjadi2, dr kata sebabkan perubahan hormon..saya minum susu kambing untuk kurangkan gastrik..alhamdulillah, masuk kandungan 5 bulan saya dah beransur sihat..dah start balik dengan hobi saya menjahit..^_^..ramai yang teka saya pregnant baby girl..hehehe..saya tak kisah pasal jantina, janji baby dlm kandungan sihat dan sempurna..itu sudah cukup bagi saya dan suami..pregnant kali ni  saya tak teruja pun tgk baju baby girl, tapi saya berkenan sangat nama Hud..hehehehh..ikut edd saya bulan 6 ni, doakan saya dan baby dlm kandungan ye teman2..^_^


Resepi Spaghetti Bolognese Simple


Bahan-bahan :

1/2 paket spaghetti
1 keping dada ayam saiz besar ( potong kecil2 @ di cincang )
5 batang sosej ( dihiris )
1 biji bawang holland (potong dadu)
2 biji bawang putih ( potong dadu )
2 biji tomato ( potong dadu )
1/2 biji capsicum hijau ( potong dadu )
5 biji cendawan butang ( dihiris )
1 botol sos spaghetti kimball ~ sy guna tradisional
2 sb sos tomato
1/2 cwn air
1/2 kiub ayam
garam jika perlu
Sedikit serbuk lada hitam
sedikit minyak @ butter untuk menumis

Cara-cara :

1.Untuk spaghetti : rebus dalam periuk besar, tambah sedikit  Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

2.Untuk sos bolognese : panaskan minyak atau butter, tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu.

3.Kemudian masukkan ayam yang dicincang.Goreng hingga warna ayam keperangan.

4.Masukkan sosej, tomato, capsicum hijau dan cendawan butang.Goreng sehingga sayur lembut.

5.Masukkan sos spaghetti kimball, sos tomato dan air.Kacau hingga sekata.

6.Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam dan garam jika perlu.

7.Biar sehingga mendidih kemudian masak hingga api perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Sedia dihidangkan.




Selasa, 21 Oktober 2014

Resepi Churros a.k.a Kuih Belimbing


Assalamualaikum w.b.t




tergoda tengok gambar churros yang kak ana post kat fb, terus google cari resepi...saya pilih resepi dari blog k. nor Secubit Garam..bahan-bahan yang digunakan simple je, buat pun mudah..cuma siapa yang ada acuan biskut yang berbentuk bintang, memang mudah..saya guna nozzle yang berbentuk bintang dan beg piping..memang leceh skit sebab kena guna berlapis kalau tak time nak picit doh, beg piping boleh koyak..churros ni dimakan bersama coklat yang dicairkan ataupun ditabur gula..anak-anak pasti suka..saya buat 2 adunan terus, memang sedap sangat..resepi pun mudah..selamat mencuba.. ^_^




KUIH BELIMBING
sumber : Hana Memories
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur ~ k.nor guna telur A
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
esen vanilla

Cara:
Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tu, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
Goreng hingga kekuningan dan angkat.
Taburkan gula. Sedia utk dmakan!



*kaedah resipi asal yg K.Nor belajar, telur tak perlu dipukul terlebih dahulu, terus jer masukkan sebiji demi sebiji ke dalam adunan (kalau buat lebih dr 1 adunan). pastikan adunan dah cukup sebati baru dimasukkan telur yg seterusnya.
** boleh juga menggunakan mixer utk memudahkan kerja mengadun adunan tepung dgn telur tadi.
*** yg paling penting, adunan tepung PERLU DISEJUKKAN terlebih dahulu sebelum dimasukkan telur. ini utk memastikan telur td tak masak masa kita kacau ke dalam adunan tepung sbb adunan tepung amik masa yg lama sket utk sejuk.