klik2 disini.. ^_^

Rabu, 1 April 2015

Resepi Spaghetti Bolognese Simple

Assalamualaikum wbt




Syukur alhamdulillah..bersiaran hari ni setelah lama menyepikan diri...kesian tengok blog terabai sebab kemalasan melanda mom-to-be ini, insyaAllah.. ^_^.. pregnant kali ni tak sama masa saya pregnantkan adam hakimi dulu..betul la kata orang, pregnant ni tak sama ragamnya..morning sickness, afternoon sickness, night sickness semua saya rasa, muntah tak kira masa tak kira tempat..perfume, bau bawang, bau tumis/ goreng, bau sabun semua meloyakan..masuk dpur je nak muntah, masuk kereta je dh standby plastik..bahu jalan dah selalu jd mangsa saya...hihihiih..tu belum tahap kemalasan yang melampau, rasa nak melepek kt katil seharian je..tapi gagahkan jugak sebab takut anak dalam kandungan malas..hehehe..gastrik pun makin menjadi2, dr kata sebabkan perubahan hormon..saya minum susu kambing untuk kurangkan gastrik..alhamdulillah, masuk kandungan 5 bulan saya dah beransur sihat..dah start balik dengan hobi saya menjahit..^_^..ramai yang teka saya pregnant baby girl..hehehe..saya tak kisah pasal jantina, janji baby dlm kandungan sihat dan sempurna..itu sudah cukup bagi saya dan suami..pregnant kali ni  saya tak teruja pun tgk baju baby girl, tapi saya berkenan sangat nama Hud..hehehehh..ikut edd saya bulan 6 ni, doakan saya dan baby dlm kandungan ye teman2..^_^


Resepi Spaghetti Bolognese Simple


Bahan-bahan :

1/2 paket spaghetti
1 keping dada ayam saiz besar ( potong kecil2 @ di cincang )
5 batang sosej ( dihiris )
1 biji bawang holland (potong dadu)
2 biji bawang putih ( potong dadu )
2 biji tomato ( potong dadu )
1/2 biji capsicum hijau ( potong dadu )
5 biji cendawan butang ( dihiris )
1 botol sos spaghetti kimball ~ sy guna tradisional
2 sb sos tomato
1/2 cwn air
1/2 kiub ayam
garam jika perlu
Sedikit serbuk lada hitam
sedikit minyak @ butter untuk menumis

Cara-cara :

1.Untuk spaghetti : rebus dalam periuk besar, tambah sedikit  Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

2.Untuk sos bolognese : panaskan minyak atau butter, tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu.

3.Kemudian masukkan ayam yang dicincang.Goreng hingga warna ayam keperangan.

4.Masukkan sosej, tomato, capsicum hijau dan cendawan butang.Goreng sehingga sayur lembut.

5.Masukkan sos spaghetti kimball, sos tomato dan air.Kacau hingga sekata.

6.Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam dan garam jika perlu.

7.Biar sehingga mendidih kemudian masak hingga api perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Sedia dihidangkan.




Selasa, 21 Oktober 2014

Resepi Churros a.k.a Kuih Belimbing


Assalamualaikum w.b.t




tergoda tengok gambar churros yang kak ana post kat fb, terus google cari resepi...saya pilih resepi dari blog k. nor Secubit Garam..bahan-bahan yang digunakan simple je, buat pun mudah..cuma siapa yang ada acuan biskut yang berbentuk bintang, memang mudah..saya guna nozzle yang berbentuk bintang dan beg piping..memang leceh skit sebab kena guna berlapis kalau tak time nak picit doh, beg piping boleh koyak..churros ni dimakan bersama coklat yang dicairkan ataupun ditabur gula..anak-anak pasti suka..saya buat 2 adunan terus, memang sedap sangat..resepi pun mudah..selamat mencuba.. ^_^




KUIH BELIMBING
sumber : Hana Memories
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur ~ k.nor guna telur A
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
esen vanilla

Cara:
Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tu, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
Goreng hingga kekuningan dan angkat.
Taburkan gula. Sedia utk dmakan!



*kaedah resipi asal yg K.Nor belajar, telur tak perlu dipukul terlebih dahulu, terus jer masukkan sebiji demi sebiji ke dalam adunan (kalau buat lebih dr 1 adunan). pastikan adunan dah cukup sebati baru dimasukkan telur yg seterusnya.
** boleh juga menggunakan mixer utk memudahkan kerja mengadun adunan tepung dgn telur tadi.
*** yg paling penting, adunan tepung PERLU DISEJUKKAN terlebih dahulu sebelum dimasukkan telur. ini utk memastikan telur td tak masak masa kita kacau ke dalam adunan tepung sbb adunan tepung amik masa yg lama sket utk sejuk.

Khamis, 9 Oktober 2014

Bingka Pandan


Assalamualaikum w.b.t







saya memang pengemar kuih manis-manis ni, salah satunya kuih bingka pandan....selalu saya beli je tp susah nak menepati selera....macam biasa intai2 dapur maya kak yatie sinar kehidupanku, cari resepi kuih bingka pandan..kak yatie ni memang pakar kuih talam, banyak dah resepinya yang saya dah cuba..mohon kongsi disini ye.. ^_^

kuih ni saya bakar guna pemanggang ajaib je, alhamdulillah sedap sangat2 walaupun rupa xberapa cantik..hihihih..tapi bahagian kerak tula yang jadi rebutan..heheheh..kuihnya lembut dan terasa lemak manisnya..saya tambah serawa durian dalam adunan untuk habiskan stok..lagila sedap dan harum satu rumah...hehehhe..pada peminat kuih bingka/ bakar boleh la mencuba..resepinya mudah dan semestinya sedap..

Bingka Pandan

Bahan- Bahan

1 cawan gula
1 cawan jus pandan (Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 1/4 cawan santan  ~ sy cmpur 1 cwn serawa durian selebihnya santan
2 sudu besar mentega
2 cawan tepung gandum
3 biji telor
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau
bijan ~ sy xletak

Cara-Cara:-

Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C guna api atas dan bawah sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).

Jumaat, 3 Oktober 2014

Potato Fritter aka Cucur Kentang


Assalamualaikum w.b.t.........





dah lama saya tidak update blog...rindu rasanya..dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya korban pada seluruh umat islam..

petang ni saya nak kongsi resepi cucur kentang atau nama westernnya potato fritter  yang tengah hangat di laman sosial..ramai rakan-rakan blogger dan fb yg telah mencuba ianya dan macam biasa saya selalu ketinggalan untuk mencuba resepi ni..resepi ni saya salin dari blog kak yatie sinar kehidupanku, pada yang nak cuba..tak rugi, memang sedap..lagi2 dimakan panas sambil cicah dengan sos kegemaran anda dan dihidang bersama kopi panas..selamat mencuba.. ^_^







Potato Fritters (cucur kentang)
Sumber : Noraida Durani

Bahan-Bahan

3 biji kentang (sagat halus, Yatie sagat kasar je)
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang/daun sup
1 tangkai cili merah-Yatie tambah- sy xletak
Serbuk Lada sulah-Yatie guna coarse black pepper
Garam dan sedikit gula
Minyak masak (utk menggoreng)

Cara2nya

Satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula...gaul sebati
Panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap
Sedap dimakan bersama sos