dah lama saya teringin buat puff ni, tapi susahnya nak jumpa pastry KAWAN..nak buat sendiri, comfirm xjadi..hehehhe..baru2 ni, saya g jusco..nmpak pastry Kawan terus ambik 2 pek..blik tu xsabar2 nak buat..resepi ni saya ambik dari kak yani, simple dan sedap..mintak share disini ye kak.. :) dan macam biasa, ada yang saya dah ubahsuai mengikut selera keluarga.. :) lain kali nak beli banyak2 la pastry KAWAN, nak buat stok.. :) gambar saya snap guna hp je..tengok lilitan saya, kena rajin praktis lagi ni..hehehhe..
SOSEJ PUFF
kulit puff pastri KAWAN
sosej
telur
Cara-cara:-
~ keluarkan kulit puff dari peti sejuk. Biar sekejap sehingga lembut.
~ celur sosej sekejap dan toskan.
~ Ambil 1 keping kulit puff pastry, letak 1 batang sosej ditengah2. kemudian kelar kiri kanan puff pastry tadi dan lilit dengan kemas. Buat hingga siap dan susun dalam dulang pembakar.
~ Sapu dengan telur dan tabur serbuk lada hitam atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan