Assalamualaikum dan salam sejahtera...
abaikan kesan cucuk guna garfu tu ye...hihihih |
dah lama saya xupdate..rindu rasanya....line slow sgt smpi tertunda2 je nak post entry, last2 semangat pun ikut sama...heheheh..sekarang ni musim hujan, teman2 diluar sana jaga la diri ye..sediakan la payung sebelum hujan..emm dah mula cuti sekolah ni, msti ibu2 di rumah sibuk menyediakan makanan untuk anak2..maklumlah time ni la sedap makan bila dah berkumpul ramai2..lagi2 bila hujan, perut pun berkeroncong minta diisi..hehehhe.. petang ni saya nak kongsi resepi kek labu manis..dah lama nak cuba tapi labu asyik abis je digoreng atau masak lemak..kek ni memag moist dan sedap..pada keluarga yang tak ramai boleh cuba 1/2 adunan, sebab kek ni cepat muak pada tekak saya la..resepi ni saya rujuk dari Mat Gebu dan kak Yatie, terima kasih sebab kongsi resepi2 yang sedap..jom try.. ^_^
Kek Labu Manis
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
1 1/2 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam
450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh soda bicarbinate*
1/2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)
CARA MEMBUATNYA :-)
Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...