Assalamualaikum..........
Tidak terlambat rasanya saya dan keluarga nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam..semoga amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah s.w.t..
lama saya tidak berkongsi resepi disini..hari ni saya nak kongsi menu assam pedas yang diambil dari blog kak ummi @ homesweethome..menurut kak ummi, resepi asal dari che mat gebu @ tiffinbiru..assam pedas ni saya masak sebelum menyambut bulan puasa lagi, kira menu dah expired la...hehehhe..tapi tak apa, resepi ni memang sedap tau..rasa jintan-jintan tu yang buat assam pedas ni lagi sedap..pada sesiapa yang nak cuba, boleh la cuba..terima kasih pada kak ummi dan che mat gebu ye.. :)
ASAM PEDAS BEREMPAH
Sumber : Mat Gebu @ CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
4-5 keping daging ikan duri (boleh guna ikan tenggiri) ~ sy guna ikn tenggiri
3 kelopak sawi jeruk (optional) (akak tukar, terung, bendi n tomato)~ sy ikut kak ummi
1 genggam daun kesom
3/4 cawan jus asam jawa
1 cm halia, diketuk
1 cm lengkuas, diketuk
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 camca teh lada hitam biji ~ sy xletak
1/2 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca besar jintan kasar
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan dicuci bersih, perap dengan garam dan limau nipis selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Sawi jeruk, dikerat2, rendam dalam air (boleh ganti terung atau kacang bendi).
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar, lengkuas dan halia. Tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.
Masukkan sawi jeruk dan juga ikan tadi, tuang jus asam jawa, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan daun kesom dan masak hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak ganti ikan dengan ayam pun boleh, nak ganti dengan daging pun boleh juga. Nak tambah tomato pun ok, lagi satu masa rasa tu kalau kurang asam, sila tambah lagi ikut selera masing2 yea. Sesiapa nak letak serbuk perasa pun tak de masalah. Selamat mencuba untuk semua...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan