klik2 disini.. ^_^

Rabu, 19 Februari 2014

Resepi Bihun Sup Simple


Assalamualaikum..


selamat petang....cuaca panas yang melanda di Malaysia ni menyebabkan badan kurang air, senang nak demam dan batuk..pastikan kita minum air secukupnya, kurangkan minuman yang berais dan aktiviti-aktiviti di luar....


petang ni saya nak kongsi bihun sup simple..resepi ni saya ambil dari internet tapi dah lupa, sebab saya salin kat kertas je ...bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, masak pun senang je..bihun sup ni saya makan bersama sambal kicap...rasanya memang sedap, macam makan bihun sup dekat restoran tu...suami saya bukan penggemar bihun sup ni tapi bila dah rasa, siap menambah lagi...hihihih...resepi ni dah masuk list  untuk puasa nanti...hehhehehhe...



Resepi Bihun Sup Simple

Bahan 

250 gm bihun
1 pokok sawi [potong pendek] ~ sy xletak
1 batang carrot kecil [hiris nipis] ~ sy hiris memanjang
sedikit kobis
1 s/b serbuk lada putih
1 kiub ayam/daging ~ sy guna kiub ayam
sedikit daging ~ sy letak isi ayam
bawang goreng ~ sy xletak
minyak
garam
air secukupnya

Bahan tumbuk

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya, garam, daging dan kiub ayam. Biarkan sehingga daging empuk.
3. Masukkan bihun dan kobis serta carrot.
4. Bila mendidih semula masukkan sawi dan tutup api.
5. Bila menghidang taburkan bawang goreng.

Tiada ulasan: