klik2 disini.. ^_^

Memaparkan catatan dengan label dessert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dessert. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Mei 2014

Durian Crepe with Custard Filling

Assalamualaikum

Kulitnya keras berduri pula,
Bila dimakan enak sekali,
Bila masak kuning warnanya,
Raja buah gelaran diberi.





fuhhh...hampir terlupa saya nak kongsikan resepi Durian Crepe with Custard Filling, orang dah tutup buku dah pasal crepe mengcrepe ni..saya la ni baru nak update...hihihiih..resepi ni saya ambil dari kak Azlita Masam Manis..memang ada rasa kelainan dari crepe yang guna cream filling tu..rasanya..wallah..sedap..!!!! incik suami asyik tye bila nak buat crepe ni..kte tgu musim durian ye abang, sekarang ni payah nak cari buah durian..kalau ada pun comfirm mahal..dah la tu kte sekeluarga peminat buah durian, kalau sebiji 2 tu..abis buat makan je..hehehheeh..


terima kasih pada kak azlita sebab kongsikan resepi yang sedap ni..banyak resepi dari beliau yang saya telah cuba, memang tidak menghampakan...mohon share disini ye..^_^ bagi yang nak cuba resepi ni..boleh cuba ye..memang sedap filling custard tu..lagi2 makan time sejuk2.. nyummmyyy..^_^




DURIAN CREPE WITH CREAM CUSTARD FILLING


CREPE

40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste


Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.



CREAM CUSTARD FILLING

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~ tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.


CARA PENYEDIAAN

Kepingan crepe ~ secukupnya
Krim Kastard ~ secukupnya
Isi durian ~ secukupnya


Letakkan sekeping crepe
Letakkan krim kastard di atasnya
Kemudian letakkan isi durian
Tutup kembali denga krim kastard
Lipat seperti kita melipat sampul surat
Buat sehingga habis
Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin

Selasa, 29 April 2014

Puding Laici Dangdut


Assalamualaikum




dah lama menyepi, hari ni sebagai pembuka semangat meng-update saya nak kongsikan resepi pencuci mulut atau orang putih panggil dessert..hehhehe..puding laici dangdut ni dah banyak kali saya buat tapi asyik lupa nak snap gambar, dah licin baru teringat..puding ni salah satu dessert kegemaran kuarga saya, nak2 makan time sejuk..nyam jer lalu kt tekak ni sampai xsedar dah abis segelas..lagi2 dihidangkan ketika berbuka puasa, wallah sedapppnya....hehehehhe..terima kasih pada chef hanieliza dan kak yatie kongsikan resepi puding yang mudah dan sedap ni..mohon share disini ye.. ^_^




Puding Laici Dangdut

Bahan-bahan

10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 tali (28 gm)
2 liter air
1 1/2 cawan gula
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair

Cara-Cara

Masak agar-agar bersama air hingga mendidih.
Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian sejukkan dalam fridge.
Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga di makan bersama susu cair.

(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

Selasa, 7 Januari 2014

Resepi Pavlova


Assalamualaikum




hari ni saya bersiaran 2 kali...mood sudah mali....hihihihiih...petang ni saya nak kongsi resepi yang pernah popular tahun 2013,pavlova...ramai yang telah mencuba resepi ni..pavlova ni saya buat sempena hari kelahiran incik suami tahun lepas...dari sehari ke sehari nak kongsi pasal pavlova ni, asyik tertangguh je..last2 hari ni baru teringat nak apdet...jadi kita sama2 tengok gambar je ye...heheheheh...




rasa pavlova ni seakan mashmallow...kalau makan sejuk2 lagi sedap, rasa macam makan aiskrim.... heheheh..pada yang tak suka manis, boleh kurangkan sukatan gula dan makan dengan buah yang masam untuk seimbangkan rasa manis.. .. untuk resepi pavlova ni, saya intai di dapur maya kak Azlita dan kak Ana .. mohon share disini ye.. :)


PAVLOVA

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan ~ saya ikut kak ita
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter 8inc
Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.
Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry - di dadu ~ saya hiris
Kiwi - didadu ~ saya hiris
blueberry ~ saya xletak
Markisa ~ saya xletak

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar
Akhir sekali taburkan markisa.


bila la nak buat lagi ni...tgk gambar nak meleleh ayeq liuq...hehehhe

Selasa, 21 Mei 2013

Bubur Jagung


Assalamualaikum........................





apa khabar teman2 yang sudi singgah di blog saya ni..? mudah-mudahan sihat hendaknya, dah lame saya xkongsi entry baru..bukan ape, saya dan adam 2,3 hari ni xsihat...sebagai pembuka hari ni saya hidangkan teman2 dengan pemanis mulut...sesekali makan manis apa salahnya kan...hihiihih....adam xberapa suka makan bubur jagung ni tapi kalau jagung rebus dan jagung kukus mmg adam suka..bubur ni sedap makan sejuk2...jom intai2, saya pasti ramai yang tau masak bubur ni.. :)




Bubur Jagung 

Bahan-bahan :

4 tongkol jagung ~ disagat isinya
3 sudu besar biji sagu
500 ml santan
5 cawan air
2 keping gula merah
1 sudu makan tepung jagung ~ dibancuh dengan sedikit air
secubit garam
gula putih secukupnya
2 helai daun pandan ~ disimpul

Cara-cara :

1. Masak gula merah dengan 1 cawan air hingga larut kemudian tapiskan.
2. Dalam periuk lain, rebus isi jagung dengan 4 cawan air hingga separuh empuk. Cuci biji sagu dalam tapisan kemudian masukkan ke dalam periuk berisi jagung. Masak sehingga biji sagu jadi separa jernih.
3. Akhir sekali masukkan santan, air gula yang ditapis tadi, gula putih secukupnya, daun pandan, bancuhan tepung jagung & garam. Masak hingga mendidih sambil sentiasa di kacau. Padamkan api bila nampak biji sagu jernih sepenuhnya. Sedia dihidangkan.



Selasa, 9 April 2013

Entry A B C.....


Assalamualaikum.........


Knape tajuk entry a b c..????  sebab cerita bercampur2, xtau nak bubuh tajuk apa..jadi layan je la ye...hihkhihkhi......camne weekend kwn2..? mesti banyak dapat undangan walimatul urus kn...malam mggu lepas saya sekeluarga pergi kenduri kahwin rakan setugas suami..bertemakan hijau dan biru, tenang je mata yang memandang..makanan yang dihidangkan pun sedap-sedap belaka, lagi2 menu favorite saya, sayur goreng jawa...mmg sedap sangat2, rasa nak mintak sikit bawa balik je...hihihihihi....
kepada pasangan Pn. Nurashikin bt Paiman dan suami, selamat membina rumahtangga yang barakah, mawaddah wa rahmah..

majlis malam berinai...
cntik tau pelamin tu...cam nak naik lg je...hehehhehe (kalo incik suami dengar, mesti menjeling maut punya...heheheh)

kuih bangkit kelapa....sedap, tp mkn seketul je...segan nak mkn byk ..org sebelah dah jeling2..hehehehe


ni nak cite pulak time blik keje hari sabtu aritu...incik suami gtau akak ipar ( akak suami ) de bagi sesuatu..saya pun tgk la pe bendanya........

tengok tangan budak tecik ni, die pn sibuk nak pegang2....hihihihih..
ni la border lace, benda yang diidam2kan selama ni dpt jgk....time kasih ye kak Yuslinda..skrg ni tgh gigih nak siapkn, kne tggu adam tido baru bleh jhit...kalo x nti adam pulak tolong jahit sama..hehehehehe...hasilnya nti tggu entry akn dtg ye...



agar-agar gula melaka ni plak saya buat petang ahad, lebihan santan pekat msk tghari...agar-agar ni sdap mkn sejuk2, nyaman je bila msuk ke tekak...hihihihi...lagi2 tgh tgk ABPBH, xsedar piring dah licin...hehehehe. resepi ni mudah sangat, masa saya form 4 dah buat..ambik resepi dr kwn..jom cuba...

Bahan-bahan:

20 gm agar-agar tali ~ ptong kecik dan rendam
400 ml santan
700 ml air
2 biji telur saiz c
1 ketul besar gula melaka ~ dicincang
gula secukup rasa
secubit garam
3 helai daun pandan ~ saya guna 1 sudu teh esen pandan je

cara-cara:

1. masak air bersama gula melaka, gula, daun pandan/ esen pandan dan agar-agar ( ditos dulu ) sampai larut,    kemudian tapis.
2.didihkan larutan agar-agar.
3. campurkan telur, santan dan garam. pukul sebati dan tapis. kemudian msukkan ke dalam larutan agar-agar.
4. kacau dan tunggu sampai menggelegak. bila nampak bintil2/ pecah minyak, tutupkan api.
5. basahkan loyang atau apa2 acuan kegemaran, kemudian tuangkan agar2 gula melaka dan biarkan mengeras.