klik2 disini.. ^_^

Memaparkan catatan dengan label nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasi. Papar semua catatan

Isnin, 20 Januari 2014

Nasi Ayam Sedap


Assalamualaikum.....







hari ni saya nak kongsi resepi nasi ayam sedap yang menjadi kegemaran kami sekeluarga...kalau teringin makan nasi ayam, saya mesti ikut resepi ni...aroma nasinya yang wangi membangkitkan selera, makan pun menambah2..hihihi..ayamnya pulak, garing diluar tapi juicy dan lembut di dalam.. time kasih pada kak Azie sebab kongsi resepi yang sedap ni..disebabkan keenakan nasi ayam ni, asyik lupa je ambil gambar...heheheh...time tak cukup bahan, baru la ambik..jadi kurang berseri la nasi ayam ni...tapi tak ape, gambar jer tak berseri...rasa tetap ummmmppphh...! hihiihii...pada kawan2 yang nak cuba, jom intai resepi ni...^_^


Nasi Ayam Istimewa

Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan


Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.

Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.


Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning


Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.


Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam


Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)


Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.


Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam


Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.

Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran. Selamat Menjamu Selera.


Sabtu, 11 Mei 2013

Nasi Lemak Tumis


Assalamualaikum.......................


Doa Bulan Rejab


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)

Khasiat dan kaifiatnya apabila membaca doa ini, sebagaimana diriwayat dari Anas r.a.: “Adalah Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam apabila masuk bulan Rejab, baginda mengucapkan doa tersebut”. (Ruj. Al-Azkar an-Nawawiyyah).






hari ni saya msukkan entry nasi lemak tumis dan sambal hati...dah lama masak tapi hari ni baru berkesempatan nak kongsi..resepi nasi lemak tumis ni saya ambil dari kak yatie..banyak menu saya ambil dari dapur maya kak yatie ni lagi2 kuih-muih, memang sedap-sedap! :)




resepi asal warna kuning, tapi disebabkan saya suka warna hijau..saya masak nasi tu warna hijau tp warna xnmpak sangat..xpela, lain kali cuba lagi..hihihihi......ada kelainan sedikit rasa nasi lemak tumis ni, bau wangi rempah ditumis dan warna nasinya..sedap dan harum je bila makan..digandingkan pula dengan sambal, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng, telur dan timun...wallaahhhh!!! kalau xkontrol, mau menambah2..hehehehe...xrugi pada kawan-kawan yang ingin mencuba...minta halal share disini ye.. :)

Nasi lemak Tumis


Bahan-bahan ( 5-6 orang ) :

3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi


Cara-cara :

Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.


Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.







selamat menjamu selera....!