klik2 disini.. ^_^

Memaparkan catatan dengan label sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sambal. Papar semua catatan

Rabu, 12 Mac 2014

Sambal Paru Campur Kentang




Ya Allah..
sekiranya ia di langit
kau turunkanlah ia..
sekiranya ia di laut
kau timbulkanlah ia..
sekiranya ia di bumi kau
tunjukkan lah jasadnya..
Kami akur dengan kebesaranMu ya Allah..
Dikau yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.. 
perkenankanlah doa hamba-hamba mu ini..



Assalamualaikum dan salam sejahtera....semoga ahli keluarga penumpang dan krew MH370 tabah menghadapi waktu yang amat sukar ini..hentikan spekulasi, hormatilah perasaan mereka...




lama saya tidak update, cuma blogwalking je...banyak yang ingin dikongsikan tp kekangan masa dan ada tugas yang perlu diuruskan (mood menaip pun merundum)..^_^....hari ni saya nak kongsi resepi malam tadi, sambal paru dengan kentang..resepi asal disini dikongsikan oleh che mat..pertama kali masak, alhamdulillah sedap dan menjadi....selama ni kalau teringin, saya beli je..sambal paru ni kalau makan dengan nasi lemak mau bertambah2 ni...hehhehehe...

terima kasih pada che mat yang sudi kongsi resepi sedap dan mudah ni...resepi ni ada yang saya dah tokok tambah mengikut barang yang ada dekat rumah,pada kawan-kawan yang nak cuba..silakan... :)




BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram paru ~ saya basuh dgn sedikit tepung gandum
1 biji terung biru ~ sy ltk 3 biji kentang (potong baji)
1 camca teh pes asam jawa (mat guna Adabi)
1 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas* ~ sy xletak
2 biji buah keras*
2 batang serai*(*ditumbuk hancur)


CARA MEMBUATNYA :-)


Paru direbus dengan sedikit halia, garam dan bawang putih yang dititik selama 30 minit. Tos dan sejukkan, kemudian hiris nipis lebar2. Goreng paru tadi hingga perang, angkat dan toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya. Kerat 2, kemudian belah setiap keratan. Potong 3 bahagian setiap keratan. Goreng hingga layu, angkat dan toskan..


Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Masukkan pes asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Kacau perlahan.

Masukkan paru tadi, gaul rata dan masak hingga kering. Tambah terung dan gaul lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat yang dimasak lembut sedikit..













Khamis, 5 Disember 2013

Sambal Tauhu




petang ni saya nak share resepi sambal tauhu.... kalau nak tahu, saya penggemar tegar tauhu... tak kira la tauhu tu masak apa, saya tetap suka... tauhu goreng bubuh garam dan kunyit pun dah boleh bangkit selera saya...hehehhe.. biasanya saya masak main campak2, tak ikut sukatan... petang ni saya nak kongsi resepi sambal tauhu dari mat gebu.. ada juga yang saya skip, ikut selera masing2...dan macam biasa, saya memang suka resepi yang simple2...selamat mencuba yer... ^_^


Sambal Tauhu

bahan-bahannya :

2 keping tauhu, potong kiub , goreng kekuningan dan toskan
3/4 cawan udang yang telah dibuang kulit, cuci dan toskan ~ sy tak letak
1 biji bawang besar hiris kasar
1/3 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa 
Sedikit serbuk perasa ~ optional
1 biji bawang besar*
3 biji bawang merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*(*dikisar halus) ~ sy tak letak

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak. Tambah jus asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Kacau rata.
Masukkan udang dan tauhu goreng, gaul rata2 dan tambah hirisan bawang besar. Masak hingga pekat dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.



Selasa, 25 Jun 2013

Sambal Belacan Buah Binjai

Assalamualaikum


gmbar dari mr. google

selamat petang teman2 semua...hari ni saya nak share resepi mudah..saya rasa semua terer buat tapi saya nak share jugak disini..hehehhe..siapa suka makan buah binjai, angkat jari...hehehhe..dulu masa kecik2 saya suka makan buah binjai ni, makan dengan asam boi merah tu..sedap..harga pun murah, sebiji 20sen je..sekarang ni nak jumpa buah binjai ni pun susah, harga jangan cakapla.... disebabkan tekak nak makan, pejamkan mata bila bayar.^_^...buah binjai ni saya beli time balik kampung aritu...baunya yang harum buat saya xsabar2 nak sampai rumah..nasib baik la abah mertua ada dalam kereta, kalau tak.. mau makan tu jam jugak...hehehehe..ni gambar lama, sambal dah licin..yang tinggal lesung batunya je... :) 




Sambal Belacan Buah Binjai

bahan2

1 biji buah binjai ~ dihiris
2 biji cili merah ~ sy guna cili hijau, cili merah xda stok
7 biji cili padi
2 inci belacan ~ dibakar
sedikit garam
secubit gula
1 biji limau kasturi ~ ambil jusnya

cara2

Dalam batu lesung, masukkan cili merah, cili padi, garam kasar, gula dan belacan yang telah dibakar.

Tumbuk semua bahan hingga lumat

Kemudian masukkan sedikit hirisan buah binjai dan lenyek sikit dalam lesung.

Perahkan limau kasturi dan gaul rata. sedap makan bersama ulam!