klik2 disini.. ^_^

Memaparkan catatan dengan label hambamu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hambamu. Papar semua catatan

Sabtu, 13 April 2013

gerunnya wajah malaikat maut

Assalamualaikum...................

Nabi Ibrahim membina sebuah rumah kecil yang digunakan untuk beribadat kepada ALLAH SWT semata-mata. Rumah itu sentiasa dikunci.
  Pada suatu hari Nabi Ibrahim terkejut bila mendapati ada seorang lelaki dalam rumahnya.
  "Siapa kamu yang berani mencerobohi rumahku?, adakah kamu ini malaikat?" tanya Nabi Ibrahim.
  "Ya! aku malaikat. Malaikat Maut," jawab lelaki itu.
  Lantas Nabi Ibrahim bertanya, "Kalau begitu, tunjukkan kepadaku bagaimana rupamu apabila mencabut rupa orang Mukmin?"
  Malaikat Maut menyuruh Nabi ALLAH SWT berpalimg sejenak. Terperajat Nabi Ibrahim apabila melihat wajah Malaikat Maut itu. Tampan, muda, memakai pakaian cantik dan disaluti bauan harum.
  Kata Nabi Ibrahim, "Wahai Malaikat Maut, jikalau orang Mukmin hanya dapat menatap wajahmu sahaja sebelum mereka mati, maka itu pun sudah cukup bagi meraka.
  Suatu hari Nabi Ibrahim didatangi lagi Malaikat Maut. Nabi Ibrahim bertanya kepada Izrail adakah Malaikat Maut itu boleh memperlihatkan wajahnya. Ingin benar Baginda melihat wajah malaikat yang paling ditakuti seluruh makhluk ALLAH SWT itu.
  "Wahai Ibrahim, kalau itu yang engkau minta, aku sedia melakukannya," jawab Izrail.
  Apabila sudah mendapatkan keinzinan, Nabi Ibrahim bertanya lagi, "Aku minta padamu Izrail, bolehkah kamu tunjukkan rupamu ketika mencabut nyawa orang yang ingkar pada perintah ALLAH SWT dan berbuat zalim ?"
  Jawab Izrail, "wahai Ibrahim, kini kamu berpalinglah daripada melihatku seketika."
  Lalu Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Seketika kemudian Nabi Ibrahim memandang kembali ke arah Malaikat Maut. Seketika itu juga Nabi Ibrahim melihat suatu lembaga berbentuk lelaki hitam dan rambutnya kerinting. Dari mulut hingga lubang hidung Malaikat Maut itu keluar lidah api yang menjulang-julang serta asap yang bergulung-gulung.
  Apabila melihat keadaan Malaikat Maut yang mengerikan itu, Nabi Ibrahim terus pengsan. Setelah Nabi Ibrahim sedar semula, Izrail pun kembali menunjukkan wajahnya yang cantik dan bersinar-sinar.
  Berkata Nabi Ibrahim, "Wahai Malaikat Maut, kalaulah orang zalim itu melihat mukamu sebelum mati, maka itu sudah memadai untuk membuat mereka bertaubat kepada ALLAH SWT."


sumber : suratkhabar sinar harian | Jumaat | 12 april 2013

Jumaat, 12 April 2013

Astaghfirullah Rabbal Baraya


Assalamualaikum...................

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang 
terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam 
kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. 
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia 
sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang 
yang memberi peringatan."[al-Imam Hasan al-Basri].


Hari ni tiada entry masakan, keluarga dan seangkatannya...hari ni cuma nak kongsi sedikit perkongsian rohani.......

semalam saya menghadiri kursus Membangun Jiwa Mukmin Merdeka anjuran PPAS dan ESQ di dewan auditorium PPAS...Alhamdulillah walaupun tidak lama tapi penyampaiannya memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya..sungguh menyentuh jiwa...


membangun jiwa merdeka dengan merintis jalan perhambaan terhadap benda dan kebendaan sekiranya kebendaan menjadi matlamat hidup manusia. Sikap nafsu nafsi yang haiwani bukanlah landasan yang baik bagi menyuburkan jiwa merdeka ini. Melainkan manusia kembali kepada dirinya yang fitrah supaya rahmat dan nikmat Allah disyukuri dan hubungan baik sesama insan dijadikan matlamat kehidupan.
Kembalinya manusia kepada aqidah tauhid adalah jalan terbaik menemukan diri dengan Allah. Inilah sebenarnya rukun kemerdekaan yang paling unggul bagi manusia kerana bila manusia merasakan dirinya hamba dan Pencipta itu adalah Khaliq maka barulah manusia mampu memiliki jiwa kehambaan yang tinggi mendukung maksud taat, patuh, akur dan tunduk.

astaghfirullah.......astaghfirullah.......astaghfirullah...................

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” 



Astaghfirullah Rabbal Baraya by Munif Hijjaz