klik2 disini.. ^_^

Selasa, 28 Mei 2013

Roti John Mudah


Assalamualaikum




Masak apa tu..? walaupun lauk simple tapi masak sendiri lagi puas hati kan..lagi2 tengok suami dan anak makin dengan selera...mesti hati berbunga jer..heheheh..hari ni saya nak kongsikan resepi roti john versi kuali kecik..hehehe..resepi ni saya jumpa kat majalah rasa, mmg sedap..pasni dah xpayah dah nak beratur beli roti john...sedap, jimat dan boleh makan puas2..hehehhe..untuk inti, anda boleh pelbagaikan mengikut selera masing-masing..saya buat versi kurang pedas sbb adam pun boleh makan sama.. :)

Roti John Mudah

bahan-bahan :

3 roti hotdog
2 biji telur ~ dipukul
1/2 cawan isi ayam ~ potong dadu
2 kepingan daging burger ayam ~ masak dulu dan potong dadu
1 biji bawang besar ~ potong dadu
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kari daging ~ sy xletak
marjerin / butter
minyak 
mayonis
cili sos

cara-cara :

inti :
panaskan minyak, tumiskan bawang hingga wangi. masukkan ayam, serbuk lada hitam, serbuk kari daging  dan sedikit garam. gaul sebati dan biarkan masak seketika. masukkan daging burger, gaul sampai sebati. tutup api dan ketepikan.

roti hotdog di belah dua, ( jgn sampai terputus) dan sapu dengan sedikit marjerin atau butter. panaskan kuali leper, bakar roti dlm 1 minit. ketepikan.

pukul telur, masukkan inti dan kacau sebati.

panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali leper. selepas itu curahkan satu senduk campuran telur, lebarkan sedikit mengikut saiz roti hotdog dan biarkan sebentar, kemudian tekap roti hotdog di atas adunan telur dan biarkan garing. ulang sampai roti abis.

hidangkan bersama salad, timun, tomato, sos kegemaran dan mayonis.


bahagian dalam..salad, timun, tomato..semua xde stok.. :)



2 ulasan:

nurbijen berkata...

kalau rindu nak makan roti John, boleh la saya cuba respi ni... Tq :)
btw, follow sini juga :)

Unknown berkata...

salam perkenalan.. :)