klik2 disini.. ^_^

Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Mei 2014

Mi Sup Simple


Assalamualaikum




Salam jumaat yang penuh barakah...apa khabar semua..? alhamdulillah, saya beransur sihat..minggu ni saya loya, pening2..ingatkan pregnant, sebab saya dan suami memang nak menambah ahli keluarga..tapi belum rezeki kami lagi, doakn sy ye..




hari ni saya nak kongsikan resepi mi sup simple dan sedap..resepi ni saya ambil dari internet dan telah ubah suai ikut selera saya sendiri..kali ni saya guna mi nipis, memang sedap dan rasa lain sedikit dari mi biasa tu..pada yang nak diet, boleh la cuba resepi ni sbb tak menggunakan minyak..main masuk je..tu yang saya suka, jimat masa..hihihi...




Mi Sup Simple

bahan-bahan:

1 peket mi nipis
1/2 ekor ayam - potong kecil
3 biji bawang putih - ditumbuk
1 biji bawang besar - dihiris membujur
1 batang lobak merah - potong panjang / hiris
5 biji fishball - belah 2
sedikit serbuk lada putih
1 kiub ayam
garam secukup rasa
air secukupnya

bahan sampingan:

sedikit hirisan daun sup
sedikit hirisan kobis
sambal kicap

cara-cara:

1. rebuskan mi nipis dan toskan.
2. dalam periuk, masukkan air,bawang putih,bawang merah, ayam, lobak dan kiub ayam. masak sampai           ayam empuk.
3. masukkan serbuk lada putih, fishball dan garam secukup rasa. biarkan mendidihkan sebentar dan                   padamkan api.
4. hidangkan mi nipis sup bersama hirisan kobis, daun sup dan sambal kicap.

* mi diasingkan dari kuah supaya boleh mkn berulang kali. ^_^


Rabu, 14 Mei 2014

Karipap Kentang dan Ayam


Assalamualaikum




bersiaran kembali setelah selesai menghadiri kursus dan cuti yang panjang...2 hari ni mengantuk semacam jer, tidur masak makan dah jadi teman rapat sepanjang cuti ni..macam mna lah nak kurus ni kan...heheheh..petang semalam balik umah abah, de permintaan dari adik nak buat karipap inti ayam..demand betul ni orang..nasib rajin membantu, jadi layankan je la.. ^_^

kali ni saya buat karipap ikut resepi kak ros jintan manis yang saya ambil dari dapur maya kak mas duniaku..terima kasih sudi kongsi resepi yang sedap ni..lain kali ikut adunan ni jela sbb pastry karipap ni sangat sedap, tetap ranggup walaupun dah sejuk..mohon share disini pula ye..^_^




Karipap Ros Sedap
By : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut , kak mas duniaku


Untuk Pastry Rapuh
Bahan :

400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam


Untuk Inti Keledek*
Mas dan Izah guna kentang ~ sy pun
Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* Mas dan Izah guna 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari * Mas ikut Izah taruk 3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
* Mas ikut Izah tambah isi ayam semangkuk
garam
2 biji bawang kecil dan daun kari dikisar - Mas tambah


Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.
Mas rajin sangat dan masukkan jerk dalam breadmaker untuk menguli, stepnya tetap Mas ikut..he3 dan doh tu Mas perap semalaman dalam petiais....

Rabu, 26 Mac 2014

Resepi Kentang Dan Sosej Lada Hitam



Assalamualaikum


teringat kata-kata prof Muhaya Mohamad yang saya tonton malam tadi di edisi khas MH370... " hidup di dunia ini hanya ujian, keputusannya nanti di padang masyar..perbaiki diri, banyakkan amalan..moga-moga Allah terima amalan kita "..sama-sama la kita berdoa agar urusan kita di dunia dan akhirat di permudahkanNya..

hari ni saya nak kongsikan resepi simple dan sedap..asyik resepi simple jer saya ni kan, bukan apa..saya sampai rumah pun dah malam..jadi kena la masak yang simple2, nak bahagi waktu untuk uruskan kerja lain..menu yang simple2 ni pun sedap tau..kalau xdikawal, mau menjeling-jeling periuk nasi tu...hehehehe.. menu ni saya ambil dari dapur maya Kak Ummi, home sweet home..terima kasih pada kak ummi sebab kongsikan resepi ni, minta kongsi disini ye.. ^_^


Resepi Kentang Dan Sosej Lada Hitam

resepi asal : kak ummi-homesweethome.blogspot.com


Bahan:-

4 biji kentang - potong wedges ~ sy guna 7 biji
5 ketul sosej - hiris menyerong 1 inci ~ sy guna 10 ketul
1/2 green capsicum - dadu ~ sy guna 1 biji
1/2 red capsicum - dadu ~ sy xltak
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 ulas bawang putih - cincang
beberapa ulas tomato ceri ~ sy guna tomato biasa
1 sk. lada hitam yang ditumbuk
2 sb. sos tiram ~ sy ltak 4 sb
1 sb. kicap manis ~ sy ltak 2 sb
2 sb. sos cili ~ sy xltak
garam secukup rasa
1 kiub ayam ~ sy tmbah

Cara-Cara:-

Kentang dibasuh dan ditoskan. Gaul dengan sedikit garam dan lada sulah.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng kentang hingga nampak garing. Angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng pula sosej setengah masak. Angkat dan toskan.
Tinggalkan sedikit minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan serbuk lada hitam, kiub ayam, sos tiram, sos cili dan kicap. Kacau rata.
Masukkan capsicum dan kacau sekejap.
Masukkan kentang dan sosej yang tadi dan gaul rata dalam kuali. Masukkan garam dan seimbangkan rasa.
Tutup api dan hidangkan.


Jumaat, 21 Mac 2014

Rendang Ayam Minang


Assalamualaikum..




tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang STPM/SPM yang berjaya...yang kurang berjaya, jangan berputus asa...perjalanan masih panjang, usaha dan cuba lagi...saya teringat kata-kata ustazah masa saya berada di tingkatan 5...kalau tidak cermelang dalam pelajaran, jangan sedih dan berputus asa..janji kita usaha cermelang dalam kehidupan, jadi manusia yang sebenar-benar manusia..jangan susahkan orang lain...




petang ni saya nak kongsi resepi yang diambil dari buku Resepi Kenduri Kahwin Pak Engku....rasa-rasanya mesti ramai yang mengenali pak engku ni...masakannya mendapat perhatian VIP, orang-orang istana dan artis..hari ini saya nak kongsikan salah satu resepi yang terdapat dalam buku ni...resepi Rendang Ayam Minang, memang sedap sangattttt...dah cop resepi ni untuk masak hari raya nanti...hehehehe...pada kawan-kawan yang nak cuba, xrugi tau..memang sedap...^_^




RENDANG AYAM MINANG
By: Pak Engku

1 ekor ayam kampung - dipotong 8 (sy guna ayam daging)
5 ulas bawang putih - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
30 biji cili api - dikisar
2 inc halia - dikisar
4 btg serai - 2 kisar 2 lagi dititik
1 inc lengkuas - dikisar
rempah tumis - (2 btg kulit kayu manis, 3 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga)
1 sudu teh jintan manis - kisar
1 sudu makan lada hitam - kisar
minyak
sebiji santan kelapa
2 sudu makan kerisik
garam dan gula secukup rasa
daun kunyit
1 kiub ayam - sy tmbah
1 inci kunyit hidup - dikisar (sy tmbh)


Tumiskan rempah tumis hingga naik bau, masukkan bahan kisar dan serai titik dan masak hingga kekuningan. Bila sudah kekuningan masukkan jintan manis, lada hitam, serbuk kunyit, dan kiub ayam. kacau rata.
Setelah kuah sedikit kering, masukkan santan, ayam dan kerisik satu persatu.
Bila ayam sudah masak, masukkan garam dan gula secukup rasa dan daun kunyit.
Tunggu sehingga kuahya pekat barulah sedia untuk hidangan.







Isnin, 20 Januari 2014

Nasi Ayam Sedap


Assalamualaikum.....







hari ni saya nak kongsi resepi nasi ayam sedap yang menjadi kegemaran kami sekeluarga...kalau teringin makan nasi ayam, saya mesti ikut resepi ni...aroma nasinya yang wangi membangkitkan selera, makan pun menambah2..hihihi..ayamnya pulak, garing diluar tapi juicy dan lembut di dalam.. time kasih pada kak Azie sebab kongsi resepi yang sedap ni..disebabkan keenakan nasi ayam ni, asyik lupa je ambil gambar...heheheh...time tak cukup bahan, baru la ambik..jadi kurang berseri la nasi ayam ni...tapi tak ape, gambar jer tak berseri...rasa tetap ummmmppphh...! hihiihii...pada kawan2 yang nak cuba, jom intai resepi ni...^_^


Nasi Ayam Istimewa

Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan


Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.

Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.


Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning


Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.


Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam


Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)


Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.


Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam


Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.

Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran. Selamat Menjamu Selera.


Sabtu, 13 Julai 2013

Rendang Ayam Lada Kering


Assalamualaikum....





alhamdullilah, petang ni hujan membasahi di tempat saya....saya pasti ramai yang tengah bersingsing lengan baju didapur...apa menu iftar hari ni..? saya masih ditempat kerja, balik ni berkung fu la saya di dapur untuk menyediakan juadah berbuka nanti..hehehe...bahan2 sudah disediakan malam tadi..jadi mudah la saya nak masak..menunya insyaallah akan saya kongsikan nanti...

dah masuk Ramadhan ke 4 baru nak apdetkan...ish3 rajinnya la tuan blog ni...hihihi..hari ni saya nak marathon sikit sbb byk resepi tertunggak..resepi rendang saya ambil dari kak ros dan mi ni pulak saya pernah buat disini, memang sedap dan dah banyak kali saya masak ikut resepi dari Lilydvalley ..terima kasih pada tuan resepi sebab kongsi resepi yang sedap..mohon share disini untuk rujukan akan datang.. :) ok la,  bulan puasa ni xleh cite banyak, karang xlarat pulat nak berkung fu di rumah..hihihih...jom layan resepi ni...



Rendang Ayam Lada Kering
Rujukan : kak ros

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam ( potong jgn terlalu kecil)
2 batang serai ( satu diblender dan satu lagi potong dua )
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
8 tangkai lada kering ( nak pedas leh tambah cili padi)
2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis dan 1 sudu kecil jintan putih
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 batang kulit kayu manis dan 2 kuntum bunga lawang
satu helai daun kunyit ( diracik halus)

Caranya

1. Mula-mula blender cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai, jintan manis dan jintan putih.

2.Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, setelah naik bau baru masukkan kerisik dan bahan kisar tadi, setelah garing masukkan serai yang dibelah dua.

3.Kemudian masukkan ayam dan santan, sesuaikan rasa ( masuk garam), biar mendidih dan kacau sekali sekala, bila kuah pecah minyak dan pekat baru masukkan daun kunyit yang telah dihiris. Siap untuk dihidang, sedap dimakan bersama nasi putih atau pun ketupat. Selamat Mencuba.



                                        

Mi Nipis Sizzling
Rujukan : Lilydvalley


Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ sy guna mi nipis
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.

Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.

Masukkan 2 cawan air.

Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.

masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.

Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.

Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...

Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.


* bagi yang xada sizzling pan mcm saya...boleh ikut cara saya masak.... mmg remeh tapi boleh mkn berulang2.... heheheheh...


masak bahan sampai cara no. 7, kira masak kuah la..
yee mee tu saya rebus dulu, pastu toskan... ~ mi nipis pun saya rebus dulu
sayur sawi saya celur..
telur saya rebus separuh masak...
cara hidang: letak yee mee, kuah, sayur dan telur...

Jumaat, 31 Mei 2013

Rendang Ayam


Assalamualaikum




alhamdulillah bertemu kita di penghulu hari yang penuh barakah.. semoga kita dilimpahai rahmat di anugerahkan kesihatan yg baik dan sentiasa ceria-ceria selalu.. :) selama 2 hari saya menghadiri Seminar Pembangunan Koleksi Tempatan Sejarah Lisan 2013 bertempat di Auditorium Tingkat 2, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam..banyak pengetahuan dan ilmu yang saya dapat..memang saya respek pada ahli2 sejarah ni, banyak usaha yg dilakukan bagi mengelakkan sesuatu peristiwa penting terhapus begitu saja..saya sendiri pun banyak yang tidak tahu tentang sejarah Malaysia ni..memang teruja mendengar tokoh2 berkongsi sejarah mereka..sedih bila mengenangkan nenek moyang kita berjuang untuk memerdekakan Malaysia ni, banyak jasa mereka taburkan..semoga perjuang mereka tidak kita sia-siakan..walau apa jua bangsa, bahasa, agama, warna kulit dan pahaman politik..bersama-sama la kita menjaga keamanan negara..




hari ni saya nak kongsikan resepi arwah mak mertua, saya panggil rendang cili api minang..heheheh..memang sedap sangat2, dulu arwah mak mertua suka masak rendang ni..bila dihangat2kan, lagi la sedap sebab ayam dengan kuah dah mesra.. ^_^  zaman anak dara xpnah masak rendang cam gini, maklumla jati anak selangor..makan rendang selangor jela..hehhehe..bila dah rasa, memang sedap..dalam resepi ni, xbanyak guna rempah2nya..kata suami, mak xsuka sangat bau dan rasanya.. kalau ikut resepi mak mertua, memang xde sukat2..semua main agak2 je..:) jadi, saya pun cek la digoogle dan dapat la resepi ni disini, ada yang saya ubahsuai.. mohon share disini ye pada tuan empunya resepi, untuk rujukan saya dan kawan2 disini..


Rendang Cili Api Minang

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
7 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1cm halia (kisar)
2cm lengkuas (kisar)
3 batang serai (2 kisar, 1 titik)
cili kering (1 sudu makan selepas kisar) ~ sy xletak
cili api (6 biji, kalau suka berapi sila tambah lagi)- kisar ~ sy guna dlm 20 biji
serbuk kunyit secukupnya ~ sy guna kunyit dlm 2 inci ( kisar )
1 1/2 biji kelapa (saya pakai santan kotak je, sekotak kecik)
kerisik (1 sudu makan) ~ sy guna dlm 1 senduk
1 asam keping ~ sy guna 2 keping
2 helai daun kunyit (hiris halus) ~ sy tambah
garam secukup rasa

Cara-cara

Masukkan santan dalam periuk/kuali. Guna api kecil/sederhana. Masukkan bahan-bahan kisar, serai dan serbuk kunyit (sila adjust warna mengikut kegemaran). Kacau selalu sehingga mendidih.

Masukkan ayam. Sesekali kacau. Masukkan asam keping. Masukkan garam secukup rasa. Kemudian, masukkan kerisik dan daun kunyit.

Biarkan sehingga kuah jadi pekat dan ayam masak. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Rabu, 22 Mei 2013

Ayam Goreng Sedap


Assalamualaikum




masak apa hari ni kawan2..? saya time keje msk mlm je la...jadi menu msti kena jimat masa, simple dan yang penting sedap..hehehhee.. kalau lambat masak, nanti adam pun sibuk bawa mangkuk dia cakap nak mam sambil tunjuk periuk nasi..(^_^) ayam goreng ni sedap makan time panas2..aroma rempah dan daun kari membangkitkan selera...macam biasa, resepi saya mudah je..guna tepung serbaguna adabi..:)


Ayam Goreng Sedap

bahan-bahan :

1/2 kg ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1 kotak tepung serbaguna ADABI
3 sudu besar tepung beras
1 biji telur ~ dipukul
5 tangkai daun kari ~ daun dihiris2
1/2 sudu kecil garam
sedikit kunyit
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara-cara :

1.  Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam.

2.  Gaulkan ayam dengan telur yang telah dipukul.

3.  Kemudian masukkan tepung adabi, tepung beras dan daun kari, gaul sehingga sebati. perap ayam dalam 30 minit. ( terus goreng pun boleh )

4.  Panaskan minyak, goreng ayam sehingga masak dengan api sederhana.


senang je ibu adam, hias pakai tapis jer kan...hehehehhe..