klik2 disini.. ^_^

Memaparkan catatan dengan label western food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label western food. Papar semua catatan

Rabu, 1 April 2015

Resepi Spaghetti Bolognese Simple

Assalamualaikum wbt




Syukur alhamdulillah..bersiaran hari ni setelah lama menyepikan diri...kesian tengok blog terabai sebab kemalasan melanda mom-to-be ini, insyaAllah.. ^_^.. pregnant kali ni tak sama masa saya pregnantkan adam hakimi dulu..betul la kata orang, pregnant ni tak sama ragamnya..morning sickness, afternoon sickness, night sickness semua saya rasa, muntah tak kira masa tak kira tempat..perfume, bau bawang, bau tumis/ goreng, bau sabun semua meloyakan..masuk dpur je nak muntah, masuk kereta je dh standby plastik..bahu jalan dah selalu jd mangsa saya...hihihiih..tu belum tahap kemalasan yang melampau, rasa nak melepek kt katil seharian je..tapi gagahkan jugak sebab takut anak dalam kandungan malas..hehehe..gastrik pun makin menjadi2, dr kata sebabkan perubahan hormon..saya minum susu kambing untuk kurangkan gastrik..alhamdulillah, masuk kandungan 5 bulan saya dah beransur sihat..dah start balik dengan hobi saya menjahit..^_^..ramai yang teka saya pregnant baby girl..hehehe..saya tak kisah pasal jantina, janji baby dlm kandungan sihat dan sempurna..itu sudah cukup bagi saya dan suami..pregnant kali ni  saya tak teruja pun tgk baju baby girl, tapi saya berkenan sangat nama Hud..hehehehh..ikut edd saya bulan 6 ni, doakan saya dan baby dlm kandungan ye teman2..^_^


Resepi Spaghetti Bolognese Simple


Bahan-bahan :

1/2 paket spaghetti
1 keping dada ayam saiz besar ( potong kecil2 @ di cincang )
5 batang sosej ( dihiris )
1 biji bawang holland (potong dadu)
2 biji bawang putih ( potong dadu )
2 biji tomato ( potong dadu )
1/2 biji capsicum hijau ( potong dadu )
5 biji cendawan butang ( dihiris )
1 botol sos spaghetti kimball ~ sy guna tradisional
2 sb sos tomato
1/2 cwn air
1/2 kiub ayam
garam jika perlu
Sedikit serbuk lada hitam
sedikit minyak @ butter untuk menumis

Cara-cara :

1.Untuk spaghetti : rebus dalam periuk besar, tambah sedikit  Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

2.Untuk sos bolognese : panaskan minyak atau butter, tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu.

3.Kemudian masukkan ayam yang dicincang.Goreng hingga warna ayam keperangan.

4.Masukkan sosej, tomato, capsicum hijau dan cendawan butang.Goreng sehingga sayur lembut.

5.Masukkan sos spaghetti kimball, sos tomato dan air.Kacau hingga sekata.

6.Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam dan garam jika perlu.

7.Biar sehingga mendidih kemudian masak hingga api perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Sedia dihidangkan.




Selasa, 21 Oktober 2014

Resepi Churros a.k.a Kuih Belimbing


Assalamualaikum w.b.t




tergoda tengok gambar churros yang kak ana post kat fb, terus google cari resepi...saya pilih resepi dari blog k. nor Secubit Garam..bahan-bahan yang digunakan simple je, buat pun mudah..cuma siapa yang ada acuan biskut yang berbentuk bintang, memang mudah..saya guna nozzle yang berbentuk bintang dan beg piping..memang leceh skit sebab kena guna berlapis kalau tak time nak picit doh, beg piping boleh koyak..churros ni dimakan bersama coklat yang dicairkan ataupun ditabur gula..anak-anak pasti suka..saya buat 2 adunan terus, memang sedap sangat..resepi pun mudah..selamat mencuba.. ^_^




KUIH BELIMBING
sumber : Hana Memories
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur ~ k.nor guna telur A
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
esen vanilla

Cara:
Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tu, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
Goreng hingga kekuningan dan angkat.
Taburkan gula. Sedia utk dmakan!



*kaedah resipi asal yg K.Nor belajar, telur tak perlu dipukul terlebih dahulu, terus jer masukkan sebiji demi sebiji ke dalam adunan (kalau buat lebih dr 1 adunan). pastikan adunan dah cukup sebati baru dimasukkan telur yg seterusnya.
** boleh juga menggunakan mixer utk memudahkan kerja mengadun adunan tepung dgn telur tadi.
*** yg paling penting, adunan tepung PERLU DISEJUKKAN terlebih dahulu sebelum dimasukkan telur. ini utk memastikan telur td tak masak masa kita kacau ke dalam adunan tepung sbb adunan tepung amik masa yg lama sket utk sejuk.

Jumaat, 3 Oktober 2014

Potato Fritter aka Cucur Kentang


Assalamualaikum w.b.t.........





dah lama saya tidak update blog...rindu rasanya..dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya korban pada seluruh umat islam..

petang ni saya nak kongsi resepi cucur kentang atau nama westernnya potato fritter  yang tengah hangat di laman sosial..ramai rakan-rakan blogger dan fb yg telah mencuba ianya dan macam biasa saya selalu ketinggalan untuk mencuba resepi ni..resepi ni saya salin dari blog kak yatie sinar kehidupanku, pada yang nak cuba..tak rugi, memang sedap..lagi2 dimakan panas sambil cicah dengan sos kegemaran anda dan dihidang bersama kopi panas..selamat mencuba.. ^_^







Potato Fritters (cucur kentang)
Sumber : Noraida Durani

Bahan-Bahan

3 biji kentang (sagat halus, Yatie sagat kasar je)
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang/daun sup
1 tangkai cili merah-Yatie tambah- sy xletak
Serbuk Lada sulah-Yatie guna coarse black pepper
Garam dan sedikit gula
Minyak masak (utk menggoreng)

Cara2nya

Satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula...gaul sebati
Panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap
Sedap dimakan bersama sos


Jumaat, 14 Februari 2014

Resepi Cheezy Wedges






 Assalamualaikum

credit encik google

Salam Penghulu....
hari ni hari jumaat, rehat panjang...apa program hari ni ye..? cuci mata atau rehatkan mata...tidur..hihihiih

hari ni saya ade kerja yang penting perlu dilaksanakan...terima kasih pada kak mis sebab sudi tolong ajar, moga Allah murahkan rezeki dah merahmati...

                                             

hari ni saya nak kongsi resepi cheezy wedges..memandangkan saya sekeluarga penggemar tegar cheezy wedges, saya pun menggoogle la cari resepinya...resepi ni saya ambil dari Fatin Liyana, sedap tapi rasa xla sama macam kat kfc tu..saya rasa kena lebihkan cheesenya lagi..makin bam bam la pasni...hehehhe..untuk resepi ni boleh dapat 1 tuppaware..boleh makan berulang-ulang atau makan 1 keluarga besar...


untuk kentang pula, saya ikut resepi dari dapurkuberasap..ataupun anda boleh beli yang ready made kat pasaraya..saya suka buat sendiri sebab dapat makan puas..buruk makan betulkan...hihihih




Resepi Sos Cheezy wedges

Bahan-bahan

500ml susu UHT ( I use dutchlady)
setengah buku butter
12 keping cheddar cheese
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil serbuk pati ayam
lada sulah
lada hitam ~ sy xletak
perasa ~ sy xletak 
pewarna kuning secukupnya
garam ~ sy tambah
serbuk cili ~ sy tambah

Cara-cara

Cairkan butter di atas api kecil menggunakan non stick pan
Masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sampai tidak berketul.
Masukkan cheese, pati ayam, lada sulah, serbuk cili, garam dan pewarna. Kacau sampai likat.
Kalau agak-agak pekat sangat, tambahlah air sikit. Apabila mendidih, tutup api.


Kentang Wedges

Bahan-bahan

Beberapa biji kentang(dicuci bersih tanpa membuang kulitnya)
Tepung goreng adabi
Sebiji telur ayam
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara

Kentang yang telah dicuci dipotong memanjang
Direbus sekejap sahaja
Tepung goreng adabi digaul bersama telur dan sedikit air
Kentang dicelup dalam tepung dan di goreng sehingga masak.


~ selamat mencuba ~

Khamis, 13 Jun 2013

Fish n Chips


Assalamualaikum




bersiaran di petang hari...apa khbar kawan2 saya semua..? lama jer blog ni menyepikan..nak kata sakit...alhamdulillah, saya dan keluarga sihat..nak kata merajuk, jauh sekali.....cuma  sekarang ni sibuk sedikit, ada tugasan yang perlu diselesaikan...baru2 ni kak mila, penyelaras daerah datang..dikhabarkan akan ada audit bulan oktober ni...kecut perut dibuatnya, semua kerja2 perlu dikemaskini sebaiknya...okla hari ni saya nak kongsi resepi fish n chip yang selalu saya masak tapi kali ni saya cuba resepi yang baru..dah xguna dah tepung serbaguna...heheheheh...masa mula2 cuba tu risau jugak, apalah rasanya.. ranggup dan sedap k...puas jugak intai resepi sana sini yang dah mencuba..alhamdulillah, rasanya walaahhh..sedap sangat2 walaupun tak guna tepung serbaguna..masih ranggup walaupun dah sejuk..incik suami pun puji, katanya kalau xada  tepung serbaguna pun masih boleh masak lagi... :) fish n chip ni saya makan bersama sos cili dan mayonis je..terpulang pada citarasa anda nak guna sos apa... resepi ni saya ambil dari kak lina pg, time kasih ye share resepi yang sedap ni..mohon kongsi disini untuk rujukan saya dan kawan2.... ^_^



RESEPI FISH N CHIPS
Sumber : NaniRostam Resepi Nannie Aku.Zack
Sumber : kak lina pg


Bahan-Bahan Perapan

4 keping ikan dori
serbuk lada hitam
Lada sulah
garam
Jus lemon

Cara Perap:
Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
Lumurkan dengan serbuk lada hitam,lada sulah dan garam.Kemudian perah jus lemon ke atas ikan.

Bahan Batter/Adunan
1 cawan air (secukupnya)
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 sk baking powder
Garam secukup rasa
Bread crumb

Cara:

Satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam ke dalam bekas yang besar.

Masukkan air sedikit demi sedikit kacau/gaul hingga sebati dan tidak berketul.
Note: Konsistensi batter yang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali (pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng ikan) celup ikan ke dalam adunan.Kemudian lumurkan ikan dengan serbuk roti/bread crumb (gaul rata hingga keseluruhan ikan tersalut serbuk roti).Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.

Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.

Sedia dihidang dengan kentang goreng, sos cili dan mayonis


Note:
*adunan tak kembang masa goreng, tambah baking soda
*ikan lambat masak dan nampak soggy/basah, maknanya minyak tak cukup panas.





Rabu, 15 Mei 2013

Fish & Chips Simple



Assalamualaikum...........................





hari ni saya nak share resepi western...eceh2....ibu adam masak makanan omputih la...hehehehehe....sebenarnya saya mmg suka makan makanan western, saya penggemar keju dan pengumpul lemak...hehhehe...




dah lama masak tapi baru hari ni berkesempatan untuk share disini...masakan ni mmg simple dan jimat masa tapi sedap.. :) sayur coleslaw tu made in KFC, kentang pulak xde stok kat rumah..kebetulan mlm tu de kenduri kat rumah makcik, jadi masak je mana yg ada...saya rasa semua tau buat tapi saya nak share jugak disini utk yang baru2 nak belajar msk cam adik2 saya...... :)




Fish & Chips Simple

Bahan :

2 keping fillet ikan ~ potong 2
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji telur ~ dipukul sedikit
1 cawan tepung serbaguna
1 serbuk roti
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara :

1. Basuh ikan dengan air limau, toskan.
2. lumurkan fillet ikan dengan serbuk lada hitam dan tepung serbaguna.
3. Celupkan fillet ikan dalam telur.
4. Kemudian lumurkan fillet ikan dengan serbuk roti.
5. Panaskan minyak, goreng fillet ikan hingga kuning keemasan. guna api sederhana.
6. Hidangkan bersama sos kegemaran, coleslaw dan kentang goreng.