aslamualaikum....salam jumaat..salam penghulu hari......
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau..............
dengar lagu hijau nyanyian penyanyi hebat zainal abidin sambil makan apam beras eno, xsedar dah berketul-ketul apam msuk mulut...hehehehe..
pasni lagi bertambah-tambah bulat la cm apam...hhihihihi
resipi apam ni sy ambik dr dapur akak yatie yang terkenal dalam membuat kuih talam..akak, mohon share resipi ye untuk buat rujukan......kuih ni sy msk mlm td, dpt 31 biji acuan kuih lompang..sy warnakan dgn warna kegemaran sy, wrna hijau..apam ni sedap dan lembut, xrugi siapa yg ingin mencubanya...
Bahan-bahannya:
- 1 cawan nasi
- 11/4 cawan air
- 1 cawan gula pasir
- 2 cawan tepung beras
- 1 sudu kecil yis kering
- 1 paket kecil eno
- Blend nasi dan air hingga hancur. Tambahkan gula, tepung beras dan yis. Blend sekali lagi hingga sebati.
- Perapkan adunan tadi 4-5 jam.
- Tambahkan pewarna jika suka, kacau perlahan.
- Tambahkan eno dan gaul sebati secara perlahan-lahan.
- Masukkan dalam acuan kuih lompang yg telah di sapu sedikit minyak dan kukus selama lebih kurang 15 minit dengan api kuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan