credit mr. google |
pg td g klnik doktor bg byk ubat tp time nk ambik ubat...
pgawai farmasi tapis ubat-ubat tu sbb ade ubt yg xsesuai bagi ibu yg msih mnyusukn bayi...
doktor yg cek kte bleh , pgwai farmasi kte xbleh....cmner tu...???
xpe la, ibu adam bukan ske mkn ubat pn....buat penuh laci jer simpn2 ubat tu....heheheheh
memandangkan sekarang cuaca panas, ibu adam nk kongsi sket info psl ruam pnas...
doktor yg cek kte bleh , pgwai farmasi kte xbleh....cmner tu...???
xpe la, ibu adam bukan ske mkn ubat pn....buat penuh laci jer simpn2 ubat tu....heheheheh
ubat sapu utk ruam dan ubt dmam merangkap thn skit... |
memandangkan sekarang cuaca panas, ibu adam nk kongsi sket info psl ruam pnas...
Punca Ruam Panas
Berlaku apabila liang peluh dan bulu roma pada permukaan kulit tersumbat. Kelenjar peluh dengan peluh yang terperangkap menyebabkan muncul benjolan kecil yang mengandungi air pada kawasan kulit. Peluh manusia mengandungi garam yang tinggi, sangat berpotensi menyebabkan iritasi kulit dan ruam panas. Kerana itu pentingnya membasuh peluh dengan air dan sabun.
Langkah untuk penjagaan ruam panas :
- Basuh kawasan ruam dengan sabun lembut. Kemudian bilas dengan air dan keringkan dengan tuala. Basuh beberapa kali setiap hari terutama selepas bersenam atau bersukan, berjalan jauh atau terdedah kepada matahari.
- Duduk di kawasan yang sejuk (di bawah bumbung dan biarkan kulit bebas bernafas).
- Mandi atau berendam dalam air sejuk.
- Rehat dalam kawasan berpendingin hawa (21 hingga 22oC) sebagai terapeutik. Jika tiada alat pendingin hawa di rumah, boleh keluar bersiar-siar di kawasan mempunyai pendingin hawa.
- Elakkan sentuhan kulit ke kulit di kawasan lipatan seperti bawah dada dan abdomen dengan meletakkan kain kapas atau material menyerap peluh.
- Letak pek sejuk di kawasan yang mengalami ruam panas (jangan letak melebihi 20 minit dalam satu jam).
- Gunakan ubat niacin.
Cara Mengelak Ruam Panas
- Pakai pakaian menyerap peluh seperti kapas.
- Elakkan penggunaan fabrik nylon dan poliester.
- Pastikan bayi berada dalam keadaan selesa dan kering. Periksa lampin mereka dan tukar lebih kerap kerana bayi lebih mudah terkena ruam lampin.
- Air liur bayi yang meleleh mengundang penyumbatan folikel liang roma menyebabkan ruam panas.
- Individu yang terlantar sakit di katil perlu bergerak untuk mengelakkan peluh berterusan di kawasan yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan