mggu lepas ambik buah betik rumah abah, dlm 2 biji.muda lagi, mmg cadang nak buat jeruk betik....t'igin..
bkn mengidam tau....adam kecik lg la...hehehe...
time godek2 resepi jeruk kt internet, t'pikat tgk jeruk betik mat gebu..sdap dan ranggup..pasni bleh buat jeruk sendiri la..heheh..
dalam resepi ni, sy xletak cili api..t'pulang la ikut selera masing2..pada incik mat, sy mohon share ye resepinye..
kuantiti jeruk bergantung pada saiz betik..
bahan-bahan : 1 biji betik muda yg mengkal ( lebih kurang 1.5 kg )
6 cawan air
3/4 cawan garam kasar
700 ml cuka makan
2 1/4 cawan gula pasir
4 - 5 biji cili padi ( dibelah dua ) ~ sy xletak
cara :
- PENYEDIAAN AWAL :- Masak 6 cawan air dengan 3/4 cawan garam kasar hingga garam larut. Sejukkan sepenuhnya. Kupas betik, belah, buang biji dan hiris sederhana tebal, cuci, toskan dan letak dalam tupperware. Tuang air garam tadi dan biar terendam selama 2 hari.
- PENYEDIAAN CUKA MANIS :- Didihkan cuka makan bersama gula pasir, kacau hingga gula larut, tapis dan biar sejuk sepenuhnya.
- PENYEDIAAN JERUK BETIK :- Toskan betik tadi, bilas dengan air dan toskan. Sediakan bekas untuk jeruk betik, curah air panas dalam bekas2 tadi, buang dan toskan. Susun betik tadi dalam bekas (susun padat2), selit2kan dengan belahan cili padi (jika suka) buat hingga siap. Tuang cuka manis sehingga menutupi betik tadi. Tutup bekas dan biar 1 - 2 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan