klik2 disini.. ^_^

Selasa, 7 Mei 2013

Siakap Tiga Rasa


Assalamualaikum..............



xnmpak ikan dah...ni btl2 banjir ni..hehehehe


alhamdulillah, selesai sudah pilihanraya, tahniah kepada calon yang menang PRU-13..semoga amanah dan berintegriti dlm menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat. amanat besar dari Allah, harapan besar pada rakyat....pengalaman kali pertama mengundi, mmg teruja..tapi bila kaki jejak je ke bilik mengundi, hati berdebar2......ye la..bukan senang nak buat pemilihan ni...menang atau tidak calon pilihan saya, yang penting saya dah jalankan tanggungjawab sebagai pengundi.. :)


semalam saya masak ikan siakap tiga rasa ambil dari buku resepi raya keluaran tesco.. resepi asal, ketam tiga rasa tapi saya ganti ketam kepada ikan dan ada bahan yang saya dah tokok tambah..mintak ampun ye tuan resepi.. :) resepi ni dah lama tapi baru terjumpa time kemas2 bilik hari tu...hehehhehe...alhamdulillah.. first time cuba, tapi respon dari famly..mmg sedap sangat2..kejap je abis...hehehehe.. time kasih pada tuan empunya resepi, Pn Nor Aziah binti Mad kerana sudi kongsi resepi yang sangat sedap..mohon share disini ye..pada kawan2 yang nak cuba, xrugi tau..! :)




SIAKAP TIGA RASA

bahan :

1 ekor ikan siakap
1 sudu besar tepung jagung
sedikit serbuk kunyit
2 biji tomato, potong dadu
1/4 biji nanas, potong dadu
10 biji cili padi, ditumbuk ~ ( sy guna 8 biji, belah dua)
 minyak secukupnya untuk menggoreng ikan

bahan kisar :

2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu udang kering, direndam dahulu ~ ( sy guna 2 inci belacan )

bahan perasa ( sy nak kuah banyak, jadi sy doublekn sukatan di bwh ) :

4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula ~ sy guna 1 sudu besar utk sukatan double
3 sudu besar cuka
1/2 cawan air
garam secukup rasa


cara :

1. Gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian sapukan tepung jagung sekeliling ikan.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga kuning keemasan. angkat dan letak dipinggan.
3. Tinggalkan 4 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga harum.
4. Tambah cili padi dan bahan perasa, kacau rata. masak sehingga mendidih.
5. Masukkan nanas dan tomato. bila mendidih, tutup api dan curahkan atas ikan tadi.




Tiada ulasan: