klik2 disini.. ^_^

Jumaat, 22 November 2013

Kuih Getas a.k.a Kemplang


Assalamualaikum.......salam 1 malaysia...








apa khabar teman2..? petang2 ni dah tahu nak jamu apa..? saya nak kongsikan resepi kuih kegemaran saya iaitu kuih getas atau dikenali kuih kemplang...kuih ni ada 2 jenis, 1 guna tepung pulut dan 1 lagi dicampur tepung pulut hitam..kedua2 saya suka..saya boleh makan berkeping2 tau..^_^ biasanya sukatan saya main agak2 je..ahad lepas, saya telah mencuba resepi dari kak rose My Kuali....memang sedap dan lembut...biasa saya buat bentuk panjang2 tapi kali ni saya ikut kak rose, buat bentuk bulat2..comel... :) pada kak rose, mohon share disini ye untuk rujukan akan dtg dan teman2...pada sesiapa yang nak cuba, xrugi tau..jom intai resepi...^_^




Kuih Getas a.k.a Kemplang

Bahan-bahannya:-

250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng


Cara-caranya:-

Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.

Biarkan sebentar selama 10 minit

Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper. Mak saya akan canai atas dulang dan kemudian potong segiempat. pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh supaya tidak melekat.

Panaskan minyak dengan api sederhana.

Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan

Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah

Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.



Menyira gula kuih

Bahan-bahannya:-

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.

Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.

Biarkan ia selama 7 minit.

Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.


selamat mencuba !

Tiada ulasan: