klik2 disini.. ^_^

Khamis, 10 April 2014

Cendawan Enoki Goreng Tepung


Assalamualaikum


 Syukur alhamdulillah, hujan lebat membasahi tempat saya...hari ni saya nak kongsikan resepi kudapan yang mudah dan sedap...selama ni saya buat cendawan goreng tepung menggunakan cendawan tiram..baru-baru ni, Acu rakan sekerja merangkap mokcik bagitau cendawan enoki pun boleh guna untuk buat cendawan goreng..sebelum ni cendawan enoki tu saya masak bersama sup, tomyam ataupun dicampur bersama maggie..incik suami sampai cadangkan untuk buat lagi, sedap sangat la tu...hihihiih..lepas ni cendawan enoki dah jadi salah 1 stok di rumah la...heheheheh..

ehsan google..macam ni la rupa cendawan enoki...

resepi ni saya ambil dari Amie's Little Kitchen, ikut resepi guna cendawan shimeji tapi saya guna cendawan enoki dan tepung jenama Bestari..terpulang pada citarasa anda nak guna tepung jenama apa ye..terima kasih pada kak amie, mohon kongsikan disini ye..^_^



Cendawan Enoki Goreng Tepung

Bahan-bahan:
2 bungkus cendawan shimeji ~ sy guna cendawan enoki
1 biji telur - pukul ringan
serbuk tepung kentucky secukupnya
minyak
sedikit serbuk lada hitam ~ sy tmbah

Cara:

Potong akar cendawan, basuh dan toskan.
Gaul cendawan shimeji dengan telur hingga rata.
Golekkan atas tepung kentucky / salut dengan tepung kentucky.
Goreng dalam minyak terendam dan api yang panas.
Angkat apabila sudah masak atau berwarna kuning keemasan. Toskan.

2 ulasan:

Linda berkata...

Salam kenalan... Sy pon suka cendawan enoki nih..biasanya buat sup...bte, jemput visit blog saya yer
http://pearlbeautymomma.blogspot.com/

Unknown berkata...

terima kasih sudi lawat blog ni.. :)