klik2 disini.. ^_^

Sabtu, 10 Oktober 2015

Resepi Kuih Abuk-Abuk

Assalamualaikum





Hari ni nak kongsi resepi kuih abuk-abuk..saya dan keluarga memang gemar makan kuih ni..saya kan peminat kuih manis-manis..^_^ biasa kuih ni orang bungkus dengan daun pisang tapi nak mudah dan cepat, saya masuk dalam loyang saja..mudahkan..! janji masih boleh beraksi di dapur tanpa stress..hihihiih.. maklumlah dah ada baby, memang kena pandai bahagi masa..( hurmmm..orang lepas pantang kurus, saya ni makin sihat dengan jayanya..hihiihih )....




Ini kali pertama saya masak kuih abuk-abuk, biasa saya tolong bungkus je..jadi saya rujuk di blog kak Rose untuk dapatkan sukatan bahan..sambil masak sambil tengok resepi..hihihi..suami saya dah biasa dah tengok perangai isteri dia..hihihi..kepada penggemar kuih ni, selamat mencuba.. ^_^



Bahan-bahan

2 cawan sagu biji.
2 cawan kelapa parut putih
3 sudu makan gula merah
3 sudu makan gula pasir
secubit garam.
10 calong daun pisang.


Cara-cara

Basuh sagu dan toskan 5 minit.
Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
Campurkan gula merah dengan gula pasir.
Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.


* cara-cara guna loyang

Masukkan 1/2 campuran sagu  tadi kat loyang
Kemudian, taburkan gula pasir +merah diatas campuran sagu hingga rata.
Masukkan baki campuran sagu dan ratakan.
Kukus 1/2 jam. Dan boleh dimakan. Senangkan.
Kalau nak cepat, panaskan kukusan semasa nak mula buat kuih ni. So siap adun, kukusan pun dah panas. 



2 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Suka kuih abuk-abuk ni.
Selalu beli kt pasar minggu.

Tiee Ahmad berkata...

Suka kuih ni mudah dan sdp dimkn sesuai utk semua