klik2 disini.. ^_^

Isnin, 20 Januari 2014

Nasi Ayam Sedap


Assalamualaikum.....







hari ni saya nak kongsi resepi nasi ayam sedap yang menjadi kegemaran kami sekeluarga...kalau teringin makan nasi ayam, saya mesti ikut resepi ni...aroma nasinya yang wangi membangkitkan selera, makan pun menambah2..hihihi..ayamnya pulak, garing diluar tapi juicy dan lembut di dalam.. time kasih pada kak Azie sebab kongsi resepi yang sedap ni..disebabkan keenakan nasi ayam ni, asyik lupa je ambil gambar...heheheh...time tak cukup bahan, baru la ambik..jadi kurang berseri la nasi ayam ni...tapi tak ape, gambar jer tak berseri...rasa tetap ummmmppphh...! hihiihii...pada kawan2 yang nak cuba, jom intai resepi ni...^_^


Nasi Ayam Istimewa

Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan


Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.

Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.


Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning


Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.


Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam


Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)


Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.


Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam


Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.

Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran. Selamat Menjamu Selera.


2 ulasan:

*cik cempaka* berkata...

wahh...sangat teruja tengok ayam 2...

Herni Hakimi berkata...

try la resepi ni cik cempaka, comfirm mkn menambah-nambah...hehehhe