klik2 disini.. ^_^

Jumaat, 5 April 2013

Resepi Roti Goreng Ranggup


Assalamualaikum....




Jumaat Sayyidul Ayyam bermaksud hari Jumaat adalah penghulu segala hari ( hari yang sebaik hari )....

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).


semoga anak ibu cepat sembuh ye...sayang adam...muahhhh...

" Ya Allah, kepada Mu aku bermohon..hilangkanlah penyakit ini, sembuhkanlah demam anakku..hanya Engkau yang dapat menyembuhkannya, tiada kesembuhan melainkan sembuhan dariMu jua " amin ya rabbal alamin..

memandangkan adam demam, sy masih msak tp yang main campak2 je..adam ni manje sikit ngn ibu dia..lagi2 time dmam ni..nak mengopek ngn dukung je...hiihih...time kasih ye abang sbb banyak bantu jaga adam ngn tolong dlm urusan rumah.. :) time ksih jugak kepada cik jamaah, yang tolong uruskan laporan keje..kak mila yang bagi cuti smalam..

resepi ni antara resepi kegemaran kami sekeluarga..dah lama sy buat, cuma xapdet je...rasenya ranggup dan lembut di dalam, lagi enak dimakan time hangat-hangat suam gitu..hehehe...dalam resepi ni sy guna serikaya sebagai inti..nak guna inti apa pun boleh, ikut selera masing2..time kasih kepada tuan resepi kak hasue, minta  share disini untuk rujukan akn dtg dan kawan-kawan...




bahan-bahan:

8 keping roti
serikaya ~ secukupnya
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sudu makan marjerin ~ sy guna butter
1 sudu kecil garam dan gula (gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
sedikit pewarna kuning ~ sy xletak


Cara-cara:

1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)



Nota biru:Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..



Tiada ulasan: