klik2 disini.. ^_^

Jumaat, 5 April 2013

Resipi Apam Pelangi




selamat petang....hari ni rajin sedikit nak apdet blog....disebabkan tuan blog suka main masak-masak jadi kat blog ni banyak la nak kongsi resepi yang dah dicuba...jangan jemu baca blog ni ye...hehehehe...resepi ni dah 2, 3 kali sy buat sebelum berblog lg..sy mmg suka buat kuih dan kek yang kukus2 ni, senang sbb xyah rsau kek/kuih hangit...jgn gas abis dah la ye...hihkhihkhk...

resipi ni sy ambil dari che mat ...apam belang ni juga dikenali apam marmar dan apam belang..rasanya mmg sedap!!! gebu dan lembut...xrugi kalo anda nak cuba...satu adunan ni dapat banyak, sesuai kalo nak buat kenduri....apam ni sy mkn mcm tu je dah enak, xyah nak kelapa parut...minta izin share disini ye..


apam ke kek....???? macam kek pn ada... :)

bahan-bahan :


4 biji telur 
2 sudu teh ovellet 
1 sudu teh esen vanila 
300 gm tepung gandum 
220 gm gula halus 
250 ml santan kara  
1 sudu teh baking powder 
pewarna ~ sy guna wrna hijau dan merah

cara-cara :

Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis, mulakan tuang adunan ditengah-tengah loyang dulu)




Tiada ulasan: