Assalamualaikum.......................
Doa Bulan Rejab
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)
Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)
Khasiat dan kaifiatnya apabila membaca doa ini, sebagaimana diriwayat dari Anas r.a.: “Adalah Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam apabila masuk bulan Rejab, baginda mengucapkan doa tersebut”. (Ruj. Al-Azkar an-Nawawiyyah).
hari ni saya msukkan entry nasi lemak tumis dan sambal hati...dah lama masak tapi hari ni baru berkesempatan nak kongsi..resepi nasi lemak tumis ni saya ambil dari kak yatie..banyak menu saya ambil dari dapur maya kak yatie ni lagi2 kuih-muih, memang sedap-sedap! :)
resepi asal warna kuning, tapi disebabkan saya suka warna hijau..saya masak nasi tu warna hijau tp warna xnmpak sangat..xpela, lain kali cuba lagi..hihihihi......ada kelainan sedikit rasa nasi lemak tumis ni, bau wangi rempah ditumis dan warna nasinya..sedap dan harum je bila makan..digandingkan pula dengan sambal, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng, telur dan timun...wallaahhhh!!! kalau xkontrol, mau menambah2..hehehehe...xrugi pada kawan-kawan yang ingin mencuba...minta halal share disini ye.. :)
Nasi lemak Tumis
Bahan-bahan ( 5-6 orang ) :
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi
Cara-cara :
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.
Nota DapurmamasyaPanaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.
2 ulasan:
wah...rajin nyer masak nasi lemak...saya tak pernah sekali pun masak...nampak sangat pemalas ye dak...hehe...buat rasa lapo la plak tengok gambo ni
nanti cuba la..sedap dan yang penting boleh makan berulang kali...heheheh
Catat Ulasan