klik2 disini.. ^_^

Rabu, 5 Jun 2013

Air Jagung


Assalamualaikum




hari ni saya nak kongsi air jagung sedap..rasa lemak2 manis giteww, lagi2 minum time sejuk..nyamnya la tekak.. ^_^  resepi ni saya ambil dari Incik Billy..pada sesiapa nak cuba, sila la..memang sedap..nak2 letak aiskrim vanilla, lagi sedap..tapi saya xletak pun..badan ni mkn bam2 sampai ada yang ingat adam nak dapat adik.. ish3 bahaya sungguh dah ni.. ^_^




pada Incik Billy time kasih sebab kongsikan resepi yang sedap dan simple..boleh masuk list iftar ni.. :)




Air Jagung

Bahan-bahan

1 tin krim jagung
1/2 tin susu sejat
2 sudu besar susu pekat manis ~ sy tambah
gula secukupnya
garam secubit ~ sy guna garam halus
2 cwn air ~ sy tambah
ais

Cara-cara

campurkan krim jagung dan susu sejat dalam jug atau mangkuk.
masukkan gula secukup rasa dan secubit garam ( untuk membangkitkan rasa lemak )
kemudian, campurkan ais.
siap!

* Tips untuk lebih sedap :- bagi yang suka, boleh campurkan aiskrim soda (rasa macam sirap bandung soda) atau boleh campurkan biji selasih dan nata de coco.

cara saya mudah jer :)

campurkan semua dalam jug, kecuali ais. kacau sampai gula dan garam larut.
masukkan ais dan sedia dihidangkan.

Tiada ulasan: