klik2 disini.. ^_^

Jumaat, 7 Jun 2013

Kailan Sos Tiram

Assalamualaikum




salam penghulu hari...apa khabar kawan2 diluar sana..? mesti ada yang merancang makan angin atau balik kampung esok..selamat bercuti dan berhati2 memandu tu ye...pada yang jadi raja sehari tu, saya ucapkan selamat pengantin baru..

hari ni saya nak share resepi sayur..tekak ni tiba2 teringin makan sayur kailan, saya pun cari la kat mr. google ..resepi sayur kailan sos tiram ni saya ambil dari kak hana..simple dan sedap..incik suami yang memilih bila mkn sayur tu pun, boleh request masak lagi...hihiihih..

pada kak hana, mohon share disini ye..:)




 Kailan Sos Tiram
by : kak hana

Bahan-bahan

seikat sayur kailan
4-5 sudu mkn sos tiram
3 ulas bawang putih- cincang
seinci halia - cincang
air sedikit
serbuk perisa - jika suka
bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan

Cara-cara

sayur kailan jgn potong dulu... panaskan air. celur kailan ngan btg2 skali.
angkat dan toskan. potong lebih kurang 3inci. susun dlm pinggan dan ketepikan.
panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin.
didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur kailan tadi.
hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

Tiada ulasan: