klik2 disini.. ^_^

Sabtu, 28 Disember 2013

Masak Lemak Cekur


Assalamualaikum.....




Masak apa tengahari ni..? hari ni saya nak kongsi menu kegemaran incik suami dan adik...kalau nampak menu ni, dah xpandang lauk yang lain..makan pun bertambah2...^_^ untuk pengetahuan semua, ni 1st time saya masak lemak cekur...maklumlah, anak melayu kurang didedahkan dengan masakan guna cekur ....ada tanam tapi buat hiasan jer sebab suka tengok daun cekur...hihihihihi....suami pulak emaknya orang jawa, memang biasa makan masak lemak cekur..orang jawa panggil kencur..

resepi ni saya ambil dari Kak Rohaisha dan ada sedikit penambah mengikut citarasa saya, alhamdulillah sedap sangat...incik suami dan pak mertua makan bertambah2 sambil puji sedap...hehehehehhe...terima kasih kepada penyumbang resepi, mohon share disini ye... :) 







Masak Lemak Cekur

Bahan-bahan:

8 ekor ikan talapia saiz sederhana-goreng lembap ~ saya guna ikan kembong
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 bibi cili padi merah*
5 biji cili padi hijau*
6 cm buah/ biji cekur*
1 cm halia*
1 cm lengkuas* ~ saya tambah
2 cm kunyit hidup*
3 cm belacan*-tumbuk bhn bertanda (*)
Daun cekur secukupnya- hiris halus
1 helai daun kunyit - disimpul ~ saya tambah
200 ml santan kotak ~ saya guna santan pekat
3 cawan air ~ saya guna santan cair
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Sedikit gula
Minyak masak untuk menumis


Cara:

1.Lumurkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit, goreng lembap dan toskan.
2.Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi, masukkan air dan santan kotak.Biarkan mesra.
3.Masukkan ikan talapia dan hirisan daun cekur.Renehkan sehingga kuah meresap.Perisakan dengan garam dan gula.
4.Angkat dan hidangkan bersama lebihan hirisan daun cekur.

Tiada ulasan: