dah lama saya xapdet entry kn....bukan saya xmasak, msih memasak cuma mood je rasa lemau...hehehehe...( belum sampai setengah tahun berblog, dah lemau2 kan...apalah nak jadi ibu adam ni....hihihihih ) lagi satu masalah saya...saya banyak ambil gmbr guna handset je, gambar2 xleh bukak pulak....tu yang buat saya mkin lemau nak apdet tu...hari ni saya gagahkan jugak untuk apdet, rindu rasanya kt kawan-kawan dengan blog ni...
menu ni saya masak malam tadi, mesti ramai yang dah tau masak resepi ni tapi saya nak share jugak..hehehehehe.....saya memang suka makan sup2 ni, mmg berselera sungguh bila makan..resepi simple tapi sedap dan sihat..adam pun suka makan.. :) bila saya tengok adam kurang selera makan nasi, saya mesti masakkan mi suah ni...pada kawan-kawan yang ada anak kecil tu, boleh la cuba ye... :)
Mi Suah Sup
Bahan-bahan :
1 peket mi suah
1.5 liter air
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
1 biji lobak merah ~ potong nipis
sedikit fish cake
bunga kobis
sedikit garam
1/2 kiub ayam
daun sup
1 sudu minyak ~ untuk menumis
Cara-cara :
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai naik bau dan kekuningan. masukkan air,lobak merah dan bunga kobis. biar mendidih.
Kemudian, masukkan garam, kiub ayam, fish cake dan mi suah. bila sup mendidih, masukkan daun bawang. tutup api dan sedia dihidangkan.
Air Longan Kering
Bahan-bahan :
1 cawan longan kering
7 cawan air
gula secukup rasa
1 keping gula melaka
2 helai daun pandan ~ disimpul
Cara-cara :
Basuh buah longan kering. masukkan air dan buah longan kering dalam periuk. didihkan.
Bila dah didih, perlahankan api dan masukkan gula dan gula melaka. masak sampai longan kering kembang dan lembut. tutup api dan sedia dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan