klik2 disini.. ^_^

Jumaat, 19 April 2013

Resepi Asam Rebus Ikan Tenggiri

Assalamualaikum......salam penghulu hari......




malam tadi saya masak menu kegemaran bapa mertua saya....dia kata dia suka masak rebus-rebus ni..tapi incik suami pulak xsuka makan ikan yang masak rebus, dia cuma hirup kuah je....jadi saya goreng la separuh ikan tu untuk dia....adam pulak..?? adam macam ibu dia...xkisah janji ikan... :)
biasa saya masak menu ni main campak2 je, tp malam tadi saja ikut resepi dari majalah RASA..tp ada yang saya tokok tambah sikit...memang sedap, bapa mertua dan incik suami makan bertambah2....hihihihihi..mohon share disini ye tuan empunya resepi...pada kwn2 yang nak cuba, xrugi tau..lagi2 musim panas ni, sedap je hirup kuahnya...heheheh..

Asam Rebus Ikan Tenggiri

bahan-bahan:

3 keping ikan tenggiri
2 liter air
2 keping asam keping
2 biji cili merah ~ ditumbuk
1 biji bawang besar ~ ditumbuk
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 sm halia ~ ditumbuk
2 sm kunyit hidup ~ sy guna kunyit serbuk je
5 tangkai daum kesum ~ sy guna 2 kuntum bunga kantan, dibelah dua
10 biji bendi ~ sy tambah
3 biji cili merah ~ dibelah dua, sy tambah
sedikit belacan ~ sy tambah
garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa

cara-cara:

didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan semua bahan ditumbuk, kunyit, belacan, bunga kantan dan asam keping. kacau rata dan biarkan masak seketika.

masukkan ikan, bendi, cili merah, garam dan serbuk perasa.

biarkan mendidih dan kuah menjadi pekat sedikit, kemudian rasa. kalau ok, tutupkan api.

sedia dihidangkan.



Tiada ulasan: