klik2 disini.. ^_^

Khamis, 18 April 2013

Resepi Popia Kentang

Assalamualaikum................


hari minggu lepas, buat kenduri Tahlil dan Fidyah untuk arwah mak mertua...time kasih pada tetamu yang hadir...semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan serta menempatkan allahyarham mak mertua ( Kamisah Mastor ) dikalangan orang2 yang beriman...Al-Fatihah.....

Air sirap daun pandan campur agar-agar sirap..saya main hentam je bubuh nama air ni...hehehehe...sedap tau, lagi2 minum time sejuk..

malam tadi saya dibantu incik suami menggulung popia....sebab tu saya rajin main masak2 ni, sebab incik suami rajin turun ke dapur sama... :)  intinya balance buat kuih karipap time kenduri aritu.. dari terbuang, baik saya buat popia..sedap dan simple je, yang penting keluarga saya suka makan...heheheheh....resepi air malam tadi pun balance kenduri jugak...kira menu malam tadi 3R (Reduce, Reuse, Recycle) hikhikhihkhi...
resepi biasa tapi pada yang nak cuba, dialu-alukan... :)

saya makan camtu je..xpayah cicah pun dah sedap...

Resepi Popia Kentang



bahan2:  

-kulit popia saiz besar
-sedikit bancuhan tepung gandum bersama air (ni untuk lekatkan  hujung kulit popia)
  inti kentang boleh ikut resepi DISINI..
-minyak secukupnya

cara:

sediakan kulit popia, isikan inti ditengahnya dan gulung kemas. letakkan sedikit bancuhan tepung gandum dihujung bagi memastikan gulungan tidak terbuka ketika menggoreng.


bila dah siap menggulung, goreng dengan api sederhana panas hingga perang keemasan. angkat dan toskan.

hidangkan dan boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos pilihan.



Resepi Air sirap daun pandan campur agar-agar sirap

bahan:

1000 ml air
gula secukup rasa 
1 sudu besar sirap rose
3 helai daun pandan ~ disimpul
Agar-agar sirap ~ dipotong kiub kecil
Ais ~ optional

cara

masuk air, gula, daun pandan ke dalam periuk. masak sampai gula larut, kemudian masukkan sirap, kacau bagi sebati.

masak sampai air mendidih. tutup api.

ketepikan daun pandan,masukkan agar-agar sirap dan ais dalam bancuhan air sirap. sedia dihidangkan.


3 ulasan:

kesturi berkata...

salam linda

popia dan air sirap linda ni ... buat k'mis rasa lapar lak !

:-)

Unknown berkata...

w'salam k'mis...

jom la cuba resipi ni... :)
berat sy pn mkin bam2 sbb msk, mkn, msk, mkn...hihihihihi..

*cik cempaka* berkata...

memang sedap..lg2 mkn reramai...layannn...nt dah bambam sendri mau igt..ahahaha