klik2 disini.. ^_^

Khamis, 13 Jun 2013

Fish n Chips


Assalamualaikum




bersiaran di petang hari...apa khbar kawan2 saya semua..? lama jer blog ni menyepikan..nak kata sakit...alhamdulillah, saya dan keluarga sihat..nak kata merajuk, jauh sekali.....cuma  sekarang ni sibuk sedikit, ada tugasan yang perlu diselesaikan...baru2 ni kak mila, penyelaras daerah datang..dikhabarkan akan ada audit bulan oktober ni...kecut perut dibuatnya, semua kerja2 perlu dikemaskini sebaiknya...okla hari ni saya nak kongsi resepi fish n chip yang selalu saya masak tapi kali ni saya cuba resepi yang baru..dah xguna dah tepung serbaguna...heheheheh...masa mula2 cuba tu risau jugak, apalah rasanya.. ranggup dan sedap k...puas jugak intai resepi sana sini yang dah mencuba..alhamdulillah, rasanya walaahhh..sedap sangat2 walaupun tak guna tepung serbaguna..masih ranggup walaupun dah sejuk..incik suami pun puji, katanya kalau xada  tepung serbaguna pun masih boleh masak lagi... :) fish n chip ni saya makan bersama sos cili dan mayonis je..terpulang pada citarasa anda nak guna sos apa... resepi ni saya ambil dari kak lina pg, time kasih ye share resepi yang sedap ni..mohon kongsi disini untuk rujukan saya dan kawan2.... ^_^



RESEPI FISH N CHIPS
Sumber : NaniRostam Resepi Nannie Aku.Zack
Sumber : kak lina pg


Bahan-Bahan Perapan

4 keping ikan dori
serbuk lada hitam
Lada sulah
garam
Jus lemon

Cara Perap:
Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
Lumurkan dengan serbuk lada hitam,lada sulah dan garam.Kemudian perah jus lemon ke atas ikan.

Bahan Batter/Adunan
1 cawan air (secukupnya)
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 sk baking powder
Garam secukup rasa
Bread crumb

Cara:

Satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam ke dalam bekas yang besar.

Masukkan air sedikit demi sedikit kacau/gaul hingga sebati dan tidak berketul.
Note: Konsistensi batter yang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali (pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng ikan) celup ikan ke dalam adunan.Kemudian lumurkan ikan dengan serbuk roti/bread crumb (gaul rata hingga keseluruhan ikan tersalut serbuk roti).Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.

Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.

Sedia dihidang dengan kentang goreng, sos cili dan mayonis


Note:
*adunan tak kembang masa goreng, tambah baking soda
*ikan lambat masak dan nampak soggy/basah, maknanya minyak tak cukup panas.





2 ulasan:

LiNa_Pg berkata...

Terima kasih sudi cuba rcp ni n bagi credit link tu Teratak Mutiara Kasih

Herni Hakimi berkata...

terima kasih kak lina_pg sudi singgah blog tak seberapa ni...terharu...huhuh