klik2 disini.. ^_^

Rabu, 19 Jun 2013

Jeruk Belimbing Buluh

Assalamualaikum




bersiaran dipetang hari selepas berhempas pulas menyusun buku di rak...tu pun masih bersisa lagi..siapa la nak jadi volunteer tolong saya ni ye...hehehheheh...dah lama saya xupdate blog kan..almaklumla, puasa nak dekat dah..blog pun sama kena puasa...hihihihi..okla, hari ni saya nak share resepi jeruk belimbing buluh yang saya bawa dari kampung...jamu mata jela ye, jeruknya dah lama abis..heheheh...ramai yang buat jeruk, mesti rendam buah belimbing buluh dengan air kapur tapi saya xguna sebab kapur yilek...saya guna resepi DISINI, resepi mat gebu...ni 1st time saya makan jeruk belimbing ni..memang sedap, lagi2 bila baru keluar peti ais..masam, manis sejuk jer terasa..pada yang kecur liuq atau mengidam, mintak ampun........hihiihihih



bahan-bahan :

1 biji betik muda yg mengkal ( lebih kurang 1.5 kg ) ~ sy guna anggaran 1/2 kg buah belimbing buluh
6 cawan air
3/4 cawan garam kasar
700 ml cuka makan
2 1/4 cawan gula pasir
4 - 5 biji cili padi ( dibelah dua ) ~ sy xletak ~ sy xletak

cara :

PENYEDIAAN AWAL :- Masak 6 cawan air dengan 3/4 cawan garam kasar hingga garam larut. Sejukkan sepenuhnya. Kupas betik, belah, buang biji dan hiris sederhana tebal, cuci, toskan dan letak dalam tupperware. Tuang air garam tadi dan biar terendam selama 2 hari.
PENYEDIAAN CUKA MANIS :- Didihkan cuka makan bersama gula pasir, kacau hingga gula larut, tapis dan biar sejuk sepenuhnya.
PENYEDIAAN JERUK BETIK :- Toskan betik tadi, bilas dengan air dan toskan. Sediakan bekas untuk jeruk betik, curah air panas dalam bekas2 tadi, buang dan toskan. Susun betik tadi dalam bekas (susun padat2), selit2kan dengan belahan cili padi (jika suka) buat hingga siap. Tuang cuka manis sehingga menutupi betik tadi. Tutup bekas dan biar 1 - 2 hari.


# jeruk buah belimbing buluh ni pun saya guna untuk masak lemak cili api dan asam pedas. 

Tiada ulasan: