klik2 disini.. ^_^

Sabtu, 27 Julai 2013

Daging Masak Halia

Assalamualaikum...




selamat petang teman2...hari ni baru rajin nak apdet, jari jemari puasa..tu jarang apdet tu..alasan..^_^...hari ni dah masuk ramadhan ke 18..syukur kepadaNya diberi peluang untuk menyambut bulan ramadhan..semoga amalan kita diterima dan ...

hari ni saya nak kongsi resepi daging masak halia yang saya ambil dari kak ana..pada teman2 diluar yang ingin mencuba mmg tidak rugi...sedap sangat2, sesuai untuk menu iftar dan bersahur...untuk dapatkan daging yang lembut, saya ikut kak ana..guna daging yang ada tulis rendang/curry, dekat giant ada dijual..mmg betul dagingnya xliat..resepi ni saya dah olah sikit, mintak ampun ye kak ana..hehehhe..jom kita intai resepi...




DAGING MASAK HALIA

Bahan :
400 gm daging - dihiris
2 biji bawang besar - sy hiris kasar2
5 ulas bawang putih - dihiris2
2 inci halia - dihiris2
1 biji cili besar merah - sy guna cili capsicum merah
1 biji cili besar hijau - sy guna cili capsicum hijau
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 1 cwn air
2 sudu besar sos tiram - sy guna 3 sudu besar
serbuk lada hitam secukup rasa - sy guna 2 sudu besar
sedikit garam
serbuk perasa (optional) - secukup rasa
3-4 sudu besar minyak - utk menumis

Cara :
panaskan kuali. masukkan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili capsicum.
( tidak perlu tunggu sampi layu)

masukkan daging yang telah dibersihkan ke dalam kuali. gaul sampi sebati.

bila daging dah bertukar warna, masukkan air bancuhan tepung jagung. kacau sampi sebati.

kemudian, masukkan sos tiram, sedikit garam, serbuk perasa dan lada hitam. masak sehingga kuah mendidih. 

sedia dihidangkan.



*  garam xperlu letak banyak sbb sos tiram dah masin