klik2 disini.. ^_^

Khamis, 9 Oktober 2014

Bingka Pandan


Assalamualaikum w.b.t







saya memang pengemar kuih manis-manis ni, salah satunya kuih bingka pandan....selalu saya beli je tp susah nak menepati selera....macam biasa intai2 dapur maya kak yatie sinar kehidupanku, cari resepi kuih bingka pandan..kak yatie ni memang pakar kuih talam, banyak dah resepinya yang saya dah cuba..mohon kongsi disini ye.. ^_^

kuih ni saya bakar guna pemanggang ajaib je, alhamdulillah sedap sangat2 walaupun rupa xberapa cantik..hihihih..tapi bahagian kerak tula yang jadi rebutan..heheheh..kuihnya lembut dan terasa lemak manisnya..saya tambah serawa durian dalam adunan untuk habiskan stok..lagila sedap dan harum satu rumah...hehehhe..pada peminat kuih bingka/ bakar boleh la mencuba..resepinya mudah dan semestinya sedap..

Bingka Pandan

Bahan- Bahan

1 cawan gula
1 cawan jus pandan (Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 1/4 cawan santan  ~ sy cmpur 1 cwn serawa durian selebihnya santan
2 sudu besar mentega
2 cawan tepung gandum
3 biji telor
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau
bijan ~ sy xletak

Cara-Cara:-

Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C guna api atas dan bawah sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).

Tiada ulasan: