klik2 disini.. ^_^

Jumaat, 3 Oktober 2014

Potato Fritter aka Cucur Kentang


Assalamualaikum w.b.t.........





dah lama saya tidak update blog...rindu rasanya..dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya korban pada seluruh umat islam..

petang ni saya nak kongsi resepi cucur kentang atau nama westernnya potato fritter  yang tengah hangat di laman sosial..ramai rakan-rakan blogger dan fb yg telah mencuba ianya dan macam biasa saya selalu ketinggalan untuk mencuba resepi ni..resepi ni saya salin dari blog kak yatie sinar kehidupanku, pada yang nak cuba..tak rugi, memang sedap..lagi2 dimakan panas sambil cicah dengan sos kegemaran anda dan dihidang bersama kopi panas..selamat mencuba.. ^_^







Potato Fritters (cucur kentang)
Sumber : Noraida Durani

Bahan-Bahan

3 biji kentang (sagat halus, Yatie sagat kasar je)
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang/daun sup
1 tangkai cili merah-Yatie tambah- sy xletak
Serbuk Lada sulah-Yatie guna coarse black pepper
Garam dan sedikit gula
Minyak masak (utk menggoreng)

Cara2nya

Satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula...gaul sebati
Panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap
Sedap dimakan bersama sos


Tiada ulasan: