Assalamualaikum.........Salam Muhibbah.........
minggu ni pasti yang ramai dapat walimatul urus kan...kawal2 ye mkn nsi minyak tu, takut baju raya yg ditempah xmuat disarung nanti...hihihihiihih...kepada raja sehari, selamat pengantin baru...hmmm, mggu ni..sepupu suami naik pelamin..jadi mlm tadi saya bersama incik suami bertungkus lumus meyiapkan kek kukus asam ni untuk dibawa time kenduri...
kek ni saya pernah buat dulu disini..mmg sedap sgt2..time kasih kepada kak azlita dan kak yatie kerana mewar-warkan kek sedap dari Chef Zubaidah..mmg xrugi pada sesiapa yg ingin mencubanya...kali ni saya disarankan oleh cik cempaka untuk warna2kan kek ni..memandangkan saya peminat warna hijau, jadi terhasil la kek ni... :)
Kek Kukus Asam Manis
Bahan-bahan :
325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus
Cara penyediaan :
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek
Panaskan kukusan dengan api yang besar
Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna
Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.
Nyum...nyum....jemput makan kawan2... :) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan