klik2 disini.. ^_^

Jumaat, 31 Mei 2013

Rendang Ayam


Assalamualaikum




alhamdulillah bertemu kita di penghulu hari yang penuh barakah.. semoga kita dilimpahai rahmat di anugerahkan kesihatan yg baik dan sentiasa ceria-ceria selalu.. :) selama 2 hari saya menghadiri Seminar Pembangunan Koleksi Tempatan Sejarah Lisan 2013 bertempat di Auditorium Tingkat 2, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam..banyak pengetahuan dan ilmu yang saya dapat..memang saya respek pada ahli2 sejarah ni, banyak usaha yg dilakukan bagi mengelakkan sesuatu peristiwa penting terhapus begitu saja..saya sendiri pun banyak yang tidak tahu tentang sejarah Malaysia ni..memang teruja mendengar tokoh2 berkongsi sejarah mereka..sedih bila mengenangkan nenek moyang kita berjuang untuk memerdekakan Malaysia ni, banyak jasa mereka taburkan..semoga perjuang mereka tidak kita sia-siakan..walau apa jua bangsa, bahasa, agama, warna kulit dan pahaman politik..bersama-sama la kita menjaga keamanan negara..




hari ni saya nak kongsikan resepi arwah mak mertua, saya panggil rendang cili api minang..heheheh..memang sedap sangat2, dulu arwah mak mertua suka masak rendang ni..bila dihangat2kan, lagi la sedap sebab ayam dengan kuah dah mesra.. ^_^  zaman anak dara xpnah masak rendang cam gini, maklumla jati anak selangor..makan rendang selangor jela..hehhehe..bila dah rasa, memang sedap..dalam resepi ni, xbanyak guna rempah2nya..kata suami, mak xsuka sangat bau dan rasanya.. kalau ikut resepi mak mertua, memang xde sukat2..semua main agak2 je..:) jadi, saya pun cek la digoogle dan dapat la resepi ni disini, ada yang saya ubahsuai.. mohon share disini ye pada tuan empunya resepi, untuk rujukan saya dan kawan2 disini..


Rendang Cili Api Minang

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
7 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1cm halia (kisar)
2cm lengkuas (kisar)
3 batang serai (2 kisar, 1 titik)
cili kering (1 sudu makan selepas kisar) ~ sy xletak
cili api (6 biji, kalau suka berapi sila tambah lagi)- kisar ~ sy guna dlm 20 biji
serbuk kunyit secukupnya ~ sy guna kunyit dlm 2 inci ( kisar )
1 1/2 biji kelapa (saya pakai santan kotak je, sekotak kecik)
kerisik (1 sudu makan) ~ sy guna dlm 1 senduk
1 asam keping ~ sy guna 2 keping
2 helai daun kunyit (hiris halus) ~ sy tambah
garam secukup rasa

Cara-cara

Masukkan santan dalam periuk/kuali. Guna api kecil/sederhana. Masukkan bahan-bahan kisar, serai dan serbuk kunyit (sila adjust warna mengikut kegemaran). Kacau selalu sehingga mendidih.

Masukkan ayam. Sesekali kacau. Masukkan asam keping. Masukkan garam secukup rasa. Kemudian, masukkan kerisik dan daun kunyit.

Biarkan sehingga kuah jadi pekat dan ayam masak. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Selasa, 28 Mei 2013

Roti John Mudah


Assalamualaikum




Masak apa tu..? walaupun lauk simple tapi masak sendiri lagi puas hati kan..lagi2 tengok suami dan anak makin dengan selera...mesti hati berbunga jer..heheheh..hari ni saya nak kongsikan resepi roti john versi kuali kecik..hehehe..resepi ni saya jumpa kat majalah rasa, mmg sedap..pasni dah xpayah dah nak beratur beli roti john...sedap, jimat dan boleh makan puas2..hehehhe..untuk inti, anda boleh pelbagaikan mengikut selera masing-masing..saya buat versi kurang pedas sbb adam pun boleh makan sama.. :)

Roti John Mudah

bahan-bahan :

3 roti hotdog
2 biji telur ~ dipukul
1/2 cawan isi ayam ~ potong dadu
2 kepingan daging burger ayam ~ masak dulu dan potong dadu
1 biji bawang besar ~ potong dadu
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kari daging ~ sy xletak
marjerin / butter
minyak 
mayonis
cili sos

cara-cara :

inti :
panaskan minyak, tumiskan bawang hingga wangi. masukkan ayam, serbuk lada hitam, serbuk kari daging  dan sedikit garam. gaul sebati dan biarkan masak seketika. masukkan daging burger, gaul sampai sebati. tutup api dan ketepikan.

roti hotdog di belah dua, ( jgn sampai terputus) dan sapu dengan sedikit marjerin atau butter. panaskan kuali leper, bakar roti dlm 1 minit. ketepikan.

pukul telur, masukkan inti dan kacau sebati.

panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali leper. selepas itu curahkan satu senduk campuran telur, lebarkan sedikit mengikut saiz roti hotdog dan biarkan sebentar, kemudian tekap roti hotdog di atas adunan telur dan biarkan garing. ulang sampai roti abis.

hidangkan bersama salad, timun, tomato, sos kegemaran dan mayonis.


bahagian dalam..salad, timun, tomato..semua xde stok.. :)



Rabu, 22 Mei 2013

Ayam Goreng Sedap


Assalamualaikum




masak apa hari ni kawan2..? saya time keje msk mlm je la...jadi menu msti kena jimat masa, simple dan yang penting sedap..hehehhee.. kalau lambat masak, nanti adam pun sibuk bawa mangkuk dia cakap nak mam sambil tunjuk periuk nasi..(^_^) ayam goreng ni sedap makan time panas2..aroma rempah dan daun kari membangkitkan selera...macam biasa, resepi saya mudah je..guna tepung serbaguna adabi..:)


Ayam Goreng Sedap

bahan-bahan :

1/2 kg ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1 kotak tepung serbaguna ADABI
3 sudu besar tepung beras
1 biji telur ~ dipukul
5 tangkai daun kari ~ daun dihiris2
1/2 sudu kecil garam
sedikit kunyit
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara-cara :

1.  Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam.

2.  Gaulkan ayam dengan telur yang telah dipukul.

3.  Kemudian masukkan tepung adabi, tepung beras dan daun kari, gaul sehingga sebati. perap ayam dalam 30 minit. ( terus goreng pun boleh )

4.  Panaskan minyak, goreng ayam sehingga masak dengan api sederhana.


senang je ibu adam, hias pakai tapis jer kan...hehehehhe..

Selasa, 21 Mei 2013

Bubur Jagung


Assalamualaikum........................





apa khabar teman2 yang sudi singgah di blog saya ni..? mudah-mudahan sihat hendaknya, dah lame saya xkongsi entry baru..bukan ape, saya dan adam 2,3 hari ni xsihat...sebagai pembuka hari ni saya hidangkan teman2 dengan pemanis mulut...sesekali makan manis apa salahnya kan...hihiihih....adam xberapa suka makan bubur jagung ni tapi kalau jagung rebus dan jagung kukus mmg adam suka..bubur ni sedap makan sejuk2...jom intai2, saya pasti ramai yang tau masak bubur ni.. :)




Bubur Jagung 

Bahan-bahan :

4 tongkol jagung ~ disagat isinya
3 sudu besar biji sagu
500 ml santan
5 cawan air
2 keping gula merah
1 sudu makan tepung jagung ~ dibancuh dengan sedikit air
secubit garam
gula putih secukupnya
2 helai daun pandan ~ disimpul

Cara-cara :

1. Masak gula merah dengan 1 cawan air hingga larut kemudian tapiskan.
2. Dalam periuk lain, rebus isi jagung dengan 4 cawan air hingga separuh empuk. Cuci biji sagu dalam tapisan kemudian masukkan ke dalam periuk berisi jagung. Masak sehingga biji sagu jadi separa jernih.
3. Akhir sekali masukkan santan, air gula yang ditapis tadi, gula putih secukupnya, daun pandan, bancuhan tepung jagung & garam. Masak hingga mendidih sambil sentiasa di kacau. Padamkan api bila nampak biji sagu jernih sepenuhnya. Sedia dihidangkan.



Jumaat, 17 Mei 2013

Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Assalamualaikum.................

alhamdulullilah, hujan rahmat di pagi jumaat...antara waktu-waktu mustajab berdoa adalah ketika hujan turun...




hari ni saya nak share menu mlm tadi...simple tapi sedap sangat...! saya mmg suka masak yang simple2 memandangkan smpai rumah pun nak dekat mahgrib, jadi kena msk secepat mungkin.. :) untuk menghabiskan stok ikan cencaru dlm pti ais, saya pun mencuba resepi dari kak madihaa..kata kak madihaa, resepi asal dari kak nani ...memang sedap dan akan msuk list menu bulan ramadhan..hehehehe..air asam pulak saya ambil dari kak ros..memang secocok ikan dan air asam tu, cuba la.. hehehehe..time kasih ye pada semua yg share resepi sedap, mintak halal share disini ye.. :)



Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Bahan2 :

3 ekor ikan cencaru / ikan jeket ~ dibelah belakang & dicuci bersih. Gaul garam & kunyit, ketepikan dahulu
( sy guna 5 ekor ikan saiz sederhana )

Bahan sumbat :

20 tangkai cili kering, potong kecil rebus
3 ulas bawang merah rose
3 ulas bawang putih
1 genggam kecil ikan bilis (optional kalau xnak letak belacan) ~ sy xletak sbb bbuh belacan
1 inci belacan
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara menyediakan :

1. Bahan sumbat di blend kering atau ditumbuk

2. Dah hancur cili tu kena blend, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Sumbatkan sambal dlm ikan tu.

3. Panaskan minyak dlm kuali.. goreng ikan tu..( jangan selalu  nak terbalik kan ikan tu 2, 3 kali.. sbb nanti cili tu kuar jenjalan kat luar plak.. masa terbalikkan ikan, cukupbuat sekali je..)

4. Bila masak terus angkat & siap untuk dihidangkan.


Nota Nani : ada yang suka bakar.. so boleh juga di bakar.. kan ada magic pan sekarang ni.. aku nan adoooo!!) tapi aku suka lagi goreng.. spesis2 bergoreng ni kan yg tersedap skali.. sbb kolestrol tinggi.. kan.. :) 




Air Asam

Bahan-bahan :

6-8 biji cili padi ( kalau suke pedas boleh tambahkan kuantitinya)
1/2 inci belacan ( pastikan belacan itu dibakar dahulu)
1/4 biji bawang besar
sedikit garam
sedikit gula ~ sy tambah
1/3 ( suku cawan) air asam jawa

Caranya :

1. Hiris nipis bawang besar dan cili padi, ketepikan, di dalam bekas, masukkan air asam jawa bersama belacan yang siap dibakar tadi, dan hancurkan belacan menggunakan garpu atau sudu, akhir sekali masukkan cili padi, bawang besar, secubit garam, kacau sebati, sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar, selamat mencuba.

-cara membakar belacan, ambil 1/2 inci belacan dan cucukkan pada garpu, buka api dapur gas, dan bakar belacan hingga semua permukaanye agak hitam atau perang, kemudian barulah boleh digunakan untuk membuat air asam.


menu kami malam tadi..sayur tu saya rasa semua teror masak...kn..kn.. :)






Rabu, 15 Mei 2013

Fish & Chips Simple



Assalamualaikum...........................





hari ni saya nak share resepi western...eceh2....ibu adam masak makanan omputih la...hehehehehe....sebenarnya saya mmg suka makan makanan western, saya penggemar keju dan pengumpul lemak...hehhehe...




dah lama masak tapi baru hari ni berkesempatan untuk share disini...masakan ni mmg simple dan jimat masa tapi sedap.. :) sayur coleslaw tu made in KFC, kentang pulak xde stok kat rumah..kebetulan mlm tu de kenduri kat rumah makcik, jadi masak je mana yg ada...saya rasa semua tau buat tapi saya nak share jugak disini utk yang baru2 nak belajar msk cam adik2 saya...... :)




Fish & Chips Simple

Bahan :

2 keping fillet ikan ~ potong 2
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji telur ~ dipukul sedikit
1 cawan tepung serbaguna
1 serbuk roti
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara :

1. Basuh ikan dengan air limau, toskan.
2. lumurkan fillet ikan dengan serbuk lada hitam dan tepung serbaguna.
3. Celupkan fillet ikan dalam telur.
4. Kemudian lumurkan fillet ikan dengan serbuk roti.
5. Panaskan minyak, goreng fillet ikan hingga kuning keemasan. guna api sederhana.
6. Hidangkan bersama sos kegemaran, coleslaw dan kentang goreng.




Sabtu, 11 Mei 2013

Nasi Lemak Tumis


Assalamualaikum.......................


Doa Bulan Rejab


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)

Khasiat dan kaifiatnya apabila membaca doa ini, sebagaimana diriwayat dari Anas r.a.: “Adalah Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam apabila masuk bulan Rejab, baginda mengucapkan doa tersebut”. (Ruj. Al-Azkar an-Nawawiyyah).






hari ni saya msukkan entry nasi lemak tumis dan sambal hati...dah lama masak tapi hari ni baru berkesempatan nak kongsi..resepi nasi lemak tumis ni saya ambil dari kak yatie..banyak menu saya ambil dari dapur maya kak yatie ni lagi2 kuih-muih, memang sedap-sedap! :)




resepi asal warna kuning, tapi disebabkan saya suka warna hijau..saya masak nasi tu warna hijau tp warna xnmpak sangat..xpela, lain kali cuba lagi..hihihihi......ada kelainan sedikit rasa nasi lemak tumis ni, bau wangi rempah ditumis dan warna nasinya..sedap dan harum je bila makan..digandingkan pula dengan sambal, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng, telur dan timun...wallaahhhh!!! kalau xkontrol, mau menambah2..hehehehe...xrugi pada kawan-kawan yang ingin mencuba...minta halal share disini ye.. :)

Nasi lemak Tumis


Bahan-bahan ( 5-6 orang ) :

3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi


Cara-cara :

Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.


Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.







selamat menjamu selera....!

Khamis, 9 Mei 2013

Segmen : Jom Blogwalking Jom...!

assalamualaikum...




1st time join segmen..memandangkan segmen ni mudah jadi saya join la.. :) segmen ni saya jupa dari blog Hana..time kasih hana.. :) jom join..

1. Buat satu entri tajuk "Segmen: Jom blogwalking jom..!", letak gambar atas dan link ke entri ni.
2. Korang sambung ayat ni --> Jom blogwalking kat blog ni sebab.....
3. Publish dan letak entri tu kat komen bawah.





Rabu, 8 Mei 2013

Cendawan Goreng Tepung

Assalamualaikum..........


dah kenyang baru teringat ambik gambar...hihihihih

cuaca petang ni mendung, tggu hujan nak turun je..cuaca mcm ni sayu je hati, kalau satu persatu nostalgia diimbau kembali pasti boleh menitis air mata.....hari ni msuk hari kedua saya ganti puasa...maklumla iklan raya dah keluar (iklan courts), baju raya pun dah ditempah....hehehehhe...alhamdulillah, semalam murah rezki iftar saya..abah saya bagi ikan masak kari campur bendi, abah mertua pulak masak tumis kentang campur cili dan ikan bilis....sedap2 belaka, time kasih to abah2.. :) jadi smalam saya masak cendawan goreng tepung dan air coklat panas je...simple tapi sedap.. :)



bahan-bahan :

1 pek cendawan tiram
100 gm tepung goreng seberguna ADABI
2 biji telur
sedikit serbuk lada hitam

cara-cara :

cuci cendawan dan toskan.

panaskan minyak. celup cendawan dalam telur kemudian tepung. gorengkan cendawan sehingga kuning keemasan.angkat dan toskan. goreng sampai habis.

hidangkan bersama sos kegemaran.



Selasa, 7 Mei 2013

Siakap Tiga Rasa


Assalamualaikum..............



xnmpak ikan dah...ni btl2 banjir ni..hehehehe


alhamdulillah, selesai sudah pilihanraya, tahniah kepada calon yang menang PRU-13..semoga amanah dan berintegriti dlm menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat. amanat besar dari Allah, harapan besar pada rakyat....pengalaman kali pertama mengundi, mmg teruja..tapi bila kaki jejak je ke bilik mengundi, hati berdebar2......ye la..bukan senang nak buat pemilihan ni...menang atau tidak calon pilihan saya, yang penting saya dah jalankan tanggungjawab sebagai pengundi.. :)


semalam saya masak ikan siakap tiga rasa ambil dari buku resepi raya keluaran tesco.. resepi asal, ketam tiga rasa tapi saya ganti ketam kepada ikan dan ada bahan yang saya dah tokok tambah..mintak ampun ye tuan resepi.. :) resepi ni dah lama tapi baru terjumpa time kemas2 bilik hari tu...hehehhehe...alhamdulillah.. first time cuba, tapi respon dari famly..mmg sedap sangat2..kejap je abis...hehehehe.. time kasih pada tuan empunya resepi, Pn Nor Aziah binti Mad kerana sudi kongsi resepi yang sangat sedap..mohon share disini ye..pada kawan2 yang nak cuba, xrugi tau..! :)




SIAKAP TIGA RASA

bahan :

1 ekor ikan siakap
1 sudu besar tepung jagung
sedikit serbuk kunyit
2 biji tomato, potong dadu
1/4 biji nanas, potong dadu
10 biji cili padi, ditumbuk ~ ( sy guna 8 biji, belah dua)
 minyak secukupnya untuk menggoreng ikan

bahan kisar :

2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu udang kering, direndam dahulu ~ ( sy guna 2 inci belacan )

bahan perasa ( sy nak kuah banyak, jadi sy doublekn sukatan di bwh ) :

4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula ~ sy guna 1 sudu besar utk sukatan double
3 sudu besar cuka
1/2 cawan air
garam secukup rasa


cara :

1. Gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian sapukan tepung jagung sekeliling ikan.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga kuning keemasan. angkat dan letak dipinggan.
3. Tinggalkan 4 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga harum.
4. Tambah cili padi dan bahan perasa, kacau rata. masak sehingga mendidih.
5. Masukkan nanas dan tomato. bila mendidih, tutup api dan curahkan atas ikan tadi.




Jumaat, 3 Mei 2013

Jus Jimmy Asmara


Assalamualaikum.............................




bahang mengundi makin terasa, sana sini makin panas.... meh sini kita sejukkan dulu dengan Air Jimmy Asmara....hehehehehe...resepi ni saya dapat dari blog che mat, rasa air ni macam minuman bikarbonat yang warna hijau tu...sedap!! lagi2 diminum time sejuk2..cuba la... :)

JUS JIMMY ASMARA

Air masak secukupnya ~ anggaran 1500 ml
4 - 5 camca besar gula
1 1/2 camca besar jus pekat minuman oren sunqick
1 camca teh esen pisang
1/4 camca teh pewarna hijau
Ais kiub secukupnya

Bancuh guna dengan sedikit air panas, kacau rata.
Kemudian satukan semua bahan di atas kecuali air batu.
Kacau rata dan rasa, jika perlu tambah gula.
Tuang ke dalam jug sesuai dan isi dengan ais kiub secukupnya
Atau boleh juga isi ais kiub dalam setiap gelas dan tuang jus jimmy asmara tadi secukupnya.
Biarkan sejuk sebentar dan sedia dinikmati






Khamis, 2 Mei 2013

Adam dan Pengais

camne cuti anda semalam...?? ada yang bercuti kemana2 x..?? atau ada yang sambung cuti lagi...?? hehehehe...semalam saya dengan adam balik kampung kuantan, ayah adam ada program kat tmpt keje..jadi pagi2 dia hntar kami ke kmpung dulu, nanti petang dia ambik balik......ala ..kmpung saya dekat je, bukan kuantan Pahang tau..dlm setengah jam dah sampai..heheheheh..




petang semalam, tengah sibuk2 masak kat dapur..tiba-tiba incik suami panggil, suruh ambik kamera...pelik jugak sbb gmbar apalah yg dia nak ambik kt luar tu....saya pun intai la keluar, rupa2 adam tgh sibuk mengais sampah....sampai berair mata saya ngn suami gelak tau...hehehehe




cuba tengok gaya adam tu..macam budak besar je kan...hehehehhe....api dalam gmbar tu bakar kain je, insyaallah xde letupan....adam pun tau, kalau panas dia mmg xdtg dekat, pegang jauh sekali...lagi pun atuk ngn ayah adam pun ada time ni untuk awasi adam...




rajin anak ibu tolong atuk ye...semoga adam jadi anak yang soleh dan rajin..ibu ngn ayah sayang adam...muuuaaahhh..!! :)



Asam Pedas Ikan Kembung

Assalamualaikum......................



hari ni saya nak share resepi asam pedas yang selalu saya masak...biasa kalau masak ni saya suka letak daun kesom, saya suka aroma daun kesom tu..boleh membangkitkan selera....lagi2 makan bersama ikan masin atau telur dadar, mkin menambah2 la jawabnya...hehehehe..selain dimakan dengan nasi, kuah asam pedas ni pun sedap buat cicah cekodok dan roti...jom tengok resepi saya.. :)



Asam Pedas Ikan Kembung

bahan-bahan :

8 ekor ikan kembung

bahan kisar :

30 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 kuntum bunga kantan
sedikit belacan

2 kuntum bunga kantan ~ dibelah 2
2 tangkai daun kesom
10 biji bendi
2 biji tomato ~ dibelah 2
air asam jawa ~ 1 sudu besar pes asam jawa dibancuh dgn 1 cwn air
4 cawan air
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
sedikit serbuk perasa
minyak untuk menumis

cara-cara :

panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak dan wangi.
masukkan air asam jawa dan air, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
masukkan ikan, daun kesom dan bunga kantan, kacau.
masukkan pula garam, gula, serbuk perasa dan bendi. 
biarkan renih pada api kecil hingga kuah pekat sedikit.
kemudian, masukkan tomato. biarkan sebentar.
bila rasa dah ok, tutup api dan sedia dihidangkan.


selamat mencuba...! :)